• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Bincang Cadangan Bubar DUN Pulau Pinang Hari Ini

oleh AK-47
12/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH Bincang Cadangan Bubar DUN Pulau Pinang Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) petang ini akan membincangkan cadangan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang turut dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pilihan raya peringkat negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum (PRU) ke- 15.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata DAP Pulau Pinang sebelum ini menghantar cadangan supaya pertimbangan semula dibuat selepas menerima pandangan orang ramai.

“Mesyuarat malam tadi membahaskan dan membincangkan isu itu dengan panjang lebar.

“Kami akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Presiden PH petang esok (hari ini) untuk dibincangkan.

“Segala keputusan hanya akan diputuskan selepas mesyuarat tersebut,” kata Loke kepada pemberita di Kuala Lumpur, malam tadi, selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di Kuala Lumpur.

Loke berkata berikutan ramai pengundi di Pulau Pinang menyuarakan kecenderungan untuk melihat pilihan raya negeri dan persekutuan diadakan serentak dan memudahkan mereka supaya tidak perlu keluar mengundi dua kali.

“Pulau Pinang mempunyai alasan yang kuat dalam isu ini, jadi kita perlu mendengar pandangan mereka dan mengkaji semula perkara ini,” katanya.

Sementara itu mengulas langkah kerajaan Selangor mengekalkan keputusan tidak membubarkan DUN susulan pembubaran parlimen, Loke berkata setiap negeri berbeza situasinya.

Dia juga sekali lagi mengulangi setiap keputusan akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH hari ini.

Dalam perkembangan lain, Loke berkata, mesyuarat CEC DAP malam tadi juga memutuskan untuk memberi mandat penuh kepada lima pemimpin DAP peringkat negeri untuk semua keputusan berhubung calon yang mewakili parti itu dalam PRU akan datang.

Katanya, senarai calon itu kemudiannya akan dimuktamadkan oleh jawatankuasa lima pemimpin tertinggi DAP dianggotai oleh Loke sendiri; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; dan dua naib presiden parti itu, Nga Kor Ming serta M Kulasegaran.

Jawatankuasa itu akan menerima senarai calon daripada jawatankuasa negeri sehingga 17 Okt sebelum dijangka dimuktamadkan pada 24 Okk ini.

Selain itu, Loke berkata, semua konvensyen DAP negeri kecuali di Pahang yang dijadual pada Ahad ini akan ditangguhkan sehingga selesai PRU ke-15.

-Malaysia Kini

Tags: BincangBubar DunDUN Pulau PinangPHPRU-15
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd