• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permohonan Najib Semak Sabitan Kes SRC Didengar Jan Depan

oleh AK-47
21/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permohonan Najib Semak Sabitan Kes SRC Didengar Jan Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Persekutuan menetapkan 19 Jan depan untuk mendengar permohonan Najib Razak bagi membatalkan sabitan terhadap bekas perdana menteri itu dalam kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah tertinggi itu menetapkan selama tiga hari dari tarikh itu untuk mendengar permohonan Najib bagi menyemak semula keputusan yang mengekalkan sabitan bersalah serta hukuman penjara dan denda RM210 juta terhadapnya.

Ketika dihubungi, peguam penyandang ahli parlimen Pekan itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee mengesahkan tarikh perbicaraan berkenaan ditetapkan semasa pengurusan kes di hadapan Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini.

“Mahkamah (persekutuan) telah menetapkan 19, 20 dan 26 Jan pada 2023 untuk mendengar semakan semula,” kata peguam itu.

Selain Farhan, turut hadir dalam pengurusan kes hari ini ialah peguam bela utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah serta anggota pasukan pembelaan lain iaitu Syafiqah Sofian dan Wan Arfan Wan Othman.

Pihak pendakwaan diwakili oleh timbalan pendakwa raya, V Sithambaram dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes bagi permohonan semakan semula yang difailkan pada 6 Sept lalu.

Najib sebelum ini memohon semakan keputusan mahkamah tertinggi itu pada 23 Ogos lalu yang menolak rayuannya untuk membatalkan keputusan bersalah serta hukuman penjara dan denda atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM42 juta dana SRC.

Najib yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, memohon panel hakim berbeza selain yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat yang menolak rayuannya sebelum ini.

Panel Mahkamah Persekutuan yang lain yang bersidang pada 23 Ogos lalu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan hakim kanan P Nallini, Mary Lim Thiam Suan, dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Menurut salinan notis usul, ahli parlimen Pekan itu juga memohon semakan terhadap keputusan mahkamah tertinggi menolak tiga permohonan interlokutorinya.

Pertama ialah permohonan Najib untuk menggugurkan hakim perbicaraan Mohd Nazlan Mohd Ghazali daripada kes SRC International dan membatalkan keseluruhan perbicaraan.

Kedua ialah permohonan menangguhkan pendengaran Mahkamah Persekutuan bagi rayuannya untuk membenarkan pasukan peguamnya membuat persediaan bagi kes itu, dan ketiga permohonannya untuk menyingkirkan hakim Tengku Maimun daripada rayuan itu.

-Malaysia Kini

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKes SRC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd