Sample Page Title

PUTRAJAYA: Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dirayu supaya menekan pihak junta Myanmar bagi membebaskan warga Malaysia yang kini menjadi mangsa kes penipuan kerja di sana.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Rayuan itu disuarakan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) kerana ramai mangsa dilaporkan berada di negara itu berbanding Laos, Kemboja atau Thailand.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, PBB juga diseru mengenakan sekatan lebih tegas ke atas Myanmar yang dilihat angkuh tidak mahu bekerjasama langsung.

“Kami pernah hantar memorandum kepada pihak Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur tetapi mereka berlagak sombong serta tidak mahu terima pun,” katanya kepada pemberita selepas bersama-sama wakil dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan tempatan hadir menyerahkan memorandum kepada wakil Pejabat PBB Malaysia, Dr. Richard Marshall di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, situasi jauh berbeza dengan negara-negara jirannya yang lain lebih bekerjasama dalam penjejakan dan bertindak pantas menyelamatkan mangsa terbabit.

Beliau malah mengulangi kenyataan MHO sebelum ini bahawa ada lebih 200 mangsa lagi terkandas di Myanmar dan tidak dapat balik kerana dikawal pasukan bersenjata junta sendiri.


Situasi berkenaan, ujarnya, amat memalukan kerana turut membuktikan pihak junta berani terlibat sama bersekongkol dengan sindiket jenayah pemerdagangan manusia itu secara terbuka.

“Geng penjenayah tersebut juga sudah sampai kepada peringkat samseng dengan mula dera dan seksa mangsa yang cuba larikan diri atau gagal capai sasaran jualan,” kata Hishamuddin.

Anehnya, jelas beliau, pihak junta langsung tiada pun sifat perikemanusiaan terhadap nasib mangsa yang terdiri daripada warga asing pelbagai negara dan membiarkan mereka nazak.

Sehubungan itu, beliau bimbang tindakan negatif pemerintah Myanmar boleh mengancam keselamatan negara-negara ASEAN lain jika tiada sebarang campur tangan yang lebih keras.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...