Sample Page Title

PAS mengarahkan seluruh Jentera Pilihan Raya Parti di semua peringkat bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, kata Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Sehubungan dengan itu juga semua pemimpin dan Ahli PAS dikehendaki menjaga serta mematuhi tanzim dan disiplin Parti dengan menerima segala ketetapan dan keputusan yang dibuat terutama oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atas dasar wala’ dan taat yang tidak berbelah bahagi.

“Sebarang kenyataan media tidak boleh dibuat melainkan dengan kebenaran Presiden PAS (Abdul hadi Aswang) bagi mengelakkan timbulnya suasana yang boleh merugikan perancangan dan perjuangan parti khususnya dalam menghadapi PRU15,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Semalam, MKT Umno memutuskan “pembubaran parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan pada tahun ini juga.”

“Berdasarkan keputusan (Umno) ini, Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan,” umum Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan.


Bagaimanapun, DAP hari ini membidas kenyataan MKT Umno itu, mendakwa ia membelakangkan kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pembubaran parlimen.

“Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara bahawa kenyataan terbuka berkenaan pembubaran parlimen dikeluarkan sebelum pun perdana menteri menghadap untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Bukankah ini satu tindakan derhaka terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong,” soal Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

-Malaysia Kini

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...