• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd. Fadli Belum Dijatuhi Hukuman, Lembaga Tatatertib Bersidang Esok -KPM

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mohd. Fadli Belum Dijatuhi Hukuman, Lembaga Tatatertib Bersidang Esok -KPM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyangkal dakwaan bahawa cikgu Mohd. Fadli Mohamed Salleh sudah dijatuhi hukuman oleh Lembaga Tatatertib.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarahnya, Datuk Kharuddin Ghazali berkata, KPM mengambil maklum perkara yang dibangkitkan dalam media sosial berkaitan cikgu berkenaan, namun, menjelaskan surat yang dihantar itu bukanlah surat yang membawa maksud bahawa hukuman dijatuhkan Lembaga Tatatertib.

“Sebaliknya surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu berkenaan mengenai dakwaan yang diterima oleh Pihak Berkuasa Tatatertib serta keperluan untuk beliau mengemukakan representasi (penjelasan) bertulis,” katanya menerusi hantaran di Facebook KPM hari ini.

Katanya, pihak Lembaga Tatatertib dijadualkan bersidang esok bagi mendengar penjelasan berhubung aduan yang diterima terhadap cikgu tersebut.

Pkharuddin berkata, pihak Lembaga Tatatertib menerima surat representasi daripada Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober lalu.

Menurutnya, berhubung prosiding yang dikenakan terhadap Fadli, KPM menjelaskan semua pegawai awam yang berkhidmat dalam kerajaan tertakluk di bawah peraturan yang sudah ditetapkan.

“Prosiding tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 yang diguna pakai untuk semua penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk saya sendiri.

“Saya berharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada semua pihak,” katanya.

KPM hari ini tampil memberi penjelasan berhubung penularan surat dibuat Mohd. Fadli yang disalah tafsir kononnya sudah dijatuhi hukuman, sebaliknya ia adalah arahan untuk mengemukakan representasi berhubung aduan yang diterima terhadapnya.

Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membabitkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas.

Susulan itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook malam tadi menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Mohd Fadli bagi mengetahui lebih lanjut perkara dibangkitkan guru berkenaan.

UtusanOnline-

Tags: cikgu Mohd. Fadli Mohamed SallehKPMLembaga Tatatertib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd