Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Gagalkan Cubaan...

JOHOR BAHRU - Seorang tekong darat dan 46 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Macau Buru Kemenangan Kedua...

KUCHING - Selepas menang 2-1 ke atas Mongolia semalam, jurulatih Macau, ‎Tam Iao...

Dua Tahun Hilang, Ammar...

NAMA Ammar Alfian mungkin sedikit asing bagi sesetengah masyarakat masa kini yang gemar...

Isu Sesumpah Uber/GrabCar: MAHB...

PETALING JAYA - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) tidak akan berdiam diri, sebaliknya...

KPM Disaran Sediakan SOP Periksa Kelengkapan Sekolah

IPOH – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran menyediakan satu prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pemeriksaan prasarana dan kelengkapan bilik darjah bagi mengelakkan insiden murid ditimpa kipas uzur di Selama kembali berulang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejadian yang menyebabkan murid Tahun 2 patah jari tangan kiri selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah itu wajar dijadikan iktibar dalam membentuk persekitaran yang kondusif dan selamat kepada murid serta guru.

“Kita harap pihak sekolah akan mengambil tindakan untuk sentiasa menyemak atau memeriksa secara berkala semua kelengkapan bukan sahaja kipas.

“Dengan peristiwa ini, saya harap ada satu SOP yang dibuat KPM, Jabatan pendidikan Negeri (JPN) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah masing-masing untuk melakukan pemeriksaan berkala sama ada setahun sekali atau enam bulan sekali,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Inovasi peringkat Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Rabu.

Menurut Saarani, prosedur itu penting agar pihak berkaitan dapat memastikan semua fasiliti berada dalam keadaan baik.

“Betul orang kata malang tidak berbau, tetapi kalau kita buat semakan berkala barang kali kita dapat mengesannya,” katanya.


Sinar Harian melaporkan seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama dekat sini patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah dalam satu kejadian pada Selasa.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi itu turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.

Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.

Dia dan isterinya agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak mereka ke hospital.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori