• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan BN Gabung Parti Selepas PRU15: Ismail Sabri

oleh AK-47
18/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Keputusan BN Gabung Parti Selepas PRU15: Ismail Sabri
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada BN akan bergabung dengan parti lain sekiranya tidak memperoleh majoriti mudah di Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan PRU15 harus dilihat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang perancangan awal berhubung pembentukan kerajaan Persekutuan.

“Kita tunggu dulu keputusan (PRU15), kita buat keputusan selepas itu… Kita buat andaian terlalu awal pun susah juga, kita pun tidak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya nanti.

“Lepas pilihan raya nanti, keputusan dah buat. Insya-ALLAH kita buat apa sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang pentingnya kita hendak sebuah kerajaan yang stabil,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia ke-43 di sini pada Selasa.

Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan BN perlu bekerjasama dengan parti lain seperti PAS untuk membentuk kerajaan jika tidak mampu memperoleh kerusi yang mencukupi bagi membentuk kerajaan pada PRU15 ini.

Pada 16 Oktober Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN perlu menang ‘melepasi 112 kerusi Parlimen’ supaya dapat menubuhkan kerajaan pada PRU15 ini.

Menyentuh mengenai pembahagian kerusi Parlimen, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, BN dalam proses pengagihan kerusi antara parti komponen dan parti ‘friends of BN’ dan selepas itu menilai dari segi calonnya pula.

“Kita pertimbang semua sekali dan kita akan mengadakan mesyuarat dan keputusan akan dibuat secara musyawarah, itu biasa. Dulu lagi susah sebab komponen BN banyak, sekarang komponen hanya ada empat (UMNO, MIC, MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Jadi lebih mudah untuk kita bincang dan dalam waktu terdekat pasti kita akan putuskan,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNGabung PartiIsmail SabriPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

Kekuatan BN Terletak Pada Kesatuan Saf Dan Semangat Kebersamaan – Khaled Nordin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kekuatan Barisan Nasional (BN) sentiasa terletak pada kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd