• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kementerian Pengangkutan Digesa Kawal Harga Tiket Penerbangan

oleh AK-47
26/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kementerian Pengangkutan Digesa Kawal Harga Tiket Penerbangan
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Pengangkutan digesa mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, tanpa kawalan itu, pengundi Sabah serta Sarawak di Semenanjung, dan sebaliknya berdepan kesukaran untuk pulang mengundi kerana harga tiket yang dilihat semakin meningkat.

Jelasnya, kawalan itu dengan cara meminta syarikat penerbangan menurunkan kadar tambang juga penting bagi memastikan harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi berpatutan, sekali gus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi pada PRU15.

“Kadar tambang pergi balik syarikat penerbangan khususnya antara Sabah dan Semenanjung menunjukkan kadar yang semakin tinggi menjelang dua tiga hari sebelum hari mengundi pada 19 November…ini sesuatu yang membimbangkan.

“Situasi itu sesuatu yang merugikan negara terutama kepada golongan yang dijangka paling ramai terjejas iaitu pengundi muda atau Undi18 kerana kadar tambang mahal,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Markas Siswa Siswi Islam Sabah (MARSIS) dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) Sabah dalam kenyataan pada Selasa, membangkitkan mengenai pelajar Sabah di Semenanjung berdepan halangan untuk pulang mengundi disebabkan harga tiket penerbangan yang mahal.

Semakan di laman web mendapati harga tiket pergi balik antara Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur untuk tarikh 18 dan 19 November adalah pada kadar RM400 hingga RM700 bergantung kepada masa, pakej dan syarikat penerbangan.

Dalam pada itu, Bung Moktar mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar memasukkan pengundi muda sebagai kategori pengundi awal atau undi pos bagi memastikan mereka tidak terlepas menunaikan tanggungjawab demokrasi.

Beliau berkata,melalui kaedah kedua-dua kategori itu akan dapat membantu menyelesaikan masalah ketidakmampuan pelajar membeli tiket penerbangan yang mahal untuk pulang mengundi khususnya pelajar Sabah atau Sarawak di Semenanjung dan sebaliknya.

“SPR perlu mencari jalan bagi memudahkan golongan pelajar atau pengundi muda 18 tahun untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dan antara kaedah terbaik ialah memasukkan mereka sebagai pengundi awal atau pengundi pos,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: harga tiket penerbangankementerian pengangkutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

08/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat....

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon RM10 Juta Untuk Program MyLesen B2

Kementerian Pengangkutan Akan Mohon RM10 Juta Untuk Program MyLesen B2

08/07/2023
0

BALIK PULAU: Kementerian Pengangkutan akan memohon peruntukan sebanyak RM10 juta tahun depan untuk Program MyLesen B2 bagi membantu lebih ramai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd