Wednesday, June 26, 2024

Creating liberating content

Potong Markah Merokok Di...

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan agar penerima...

Wan Azizah Tegaskan Tidak...

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata...

‘Tunjuk’ Pusat, Video Fasha...

BARU-BARU ini pelakon, Fasha Sandha, 32, ada memuat naik videonya menari ketika melakukan...

Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan...

PUTRAJAYA - Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat...

Kementerian Pengangkutan Terima Set Pertama ETS3

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

ETS3 itu diserahkan CRRC Zhuzhou Locomotive Co. Ltd kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) pada majlis penyampaian di Zhuzhou, Wilayah Hunan, China.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada majlis itu berkata, beliau gembira, kerana projek ETS3 berjalan lancar dan berharap agar set seterusnya dapat dihantar dan disiapkan mengikut waktu.

“Apabila siap menjelang tahun depan, kita akan memulakan perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur Sentral sampai ke Johor Bahru dengan siapnya landasan Johor Bahru-Gemas nanti.

“Tunggu perkhidmatan ini sampai dan kami akan memberikan khidmat terbaru kepada rakyat Malaysia,” katanya menerusi video yang dikongsikan MOT kepada media Malaysia pada Sabtu.

Sementara itu, Anthony dalam ucapannya pada majlis itu berkata, kereta api ETS3 baharu itu, berkapasiti 312 tempat duduk dengan 36 untuk kelas perniagaan dan 276 tempat duduk standard.

“Saya dimaklumkan, lapan kereta api akan dipasang di Malaysia selain dua set pertama yang akan dihantar dari Zhuzhou, China,” katanya.


Anthony berkata, penghantaran untuk semua kereta api itu ditetapkan pada 12 Ogos tahun depan, dan ETS3 akan digunakan untuk landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru serta keseluruhan Rangkaian Rel Pantai Barat dari Padang Besar di Utara, ke Johor Bahru di Selatan.

Anthony juga menyifatkannya sebagai pengubah keadaan untuk berjuta-juta rakyat Malaysia, kerana masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru akan dikurangkan dengan banyak dan kebolehpercayaan dan keselamatan pengangkutan juga akan bertambah baik secara signifikan.

“Perlu juga dinyatakan bahawa usaha signifikan telah diambil bagi memastikan pengeluar tempatan Malaysia mendapat penyertaan dan faedah hasil kerjasama dengan CRRC di Malaysia,” katanya.

Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru merangkumi landasan sepanjang 192 kilometer dan 11 hentian.

Ia akan melalui empat daerah utama di Johor, termasuk Segamat, Kluang, Kulai, dan Johor Bahru, dengan stesen terakhir di JB Sentral.

Apabila siap perjalanan dari KL Sentral di Brickfields ke JB Sentral, akan mengambil masa tiga jam 30 minit pada kelajuan 140 kilometer sejam.

-Bernama

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori