• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Larang Semua Konsert Terbuka

oleh Mohd Arshad
08/10/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kedah Larang Semua Konsert Terbuka
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA : Kerajaan negeri memutuskan semua penganjuran konsert secara terbuka tidak akan dibenarkan di Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, serta Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd Firdaus Ahmad, berkata perkara itu ditetapkan hasil perbincangan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bersama barisan EXCO pada Mesyuarat EXCO Negeri, baru-baru ini.

“Saya telah membentangkan isu ini dalam mesyuarat dan keputusan dibuat kerajaan negeri ialah melarang sebarang konsert secara terbuka di Kedah.

“Ada yang menyatakan kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang penganjuran program, jangan salah faham… tiada masalah hendak menganjurkan program tetapi mahu menyelitkan konsert secara terbuka dalam program, itu yang tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2022 Peringkat Kedah, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasil perbincangan dengan Menteri Besar Kedah mengenai perkembangan larangan konsert secara terbuka di Kedah.

Mohd Firdaus berkata, sebarang permohonan permit hiburan berkenaan yang dikemukakan pihak penganjur kepada pegawai daerah, tidak akan diluluskan sama sekali.

“Semua pegawai daerah sudah mengetahui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Kalau permohonan itu tepat dan mematuhi SOP, maka permit untuk menjalankan program akan diluluskan. Pegawai daerah akan memantau supaya kejadian sama tidak berlaku lagi.

“Bukanlah semua benda dilarang. Contohnya kalau konsert nasyid, ‘busking’ atau program yang dijalankan di dalam dewan atau secara tertutup, ia mungkin akan dipertimbangkan oleh pegawai daerah,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan Muhammad Sanusi mengumumkan sebarang penganjuran aktiviti konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila dalam kalangan pengunjung, tidak dibenarkan di seluruh Kedah, berkuat kuasa serta-merta.

Ia berikutan tular dalam media sosial, baru-baru ini, rakaman video persembahan kumpulan muzik di atas pentas dihadiri anak muda sambil melakukan pelbagai aksi, antaranya menari di Balai Seni Alor Setar yang mengundang perasaan kurang senang orang ramai susulan diadakan tidak jauh dari Masjid Zahir.

-Berita Harian

Tags: KedahKonsert Terbuka
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Setiap Parti Boleh Keluarkan Pandangan Bantah PRU15: Ahmad Faizal

Next Post

Cuepacs: Inisiatif Pada Penjawat Awam Perlu Diteruskan Walau Tukar K’jaan

Related Posts

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

Mangsa Banjir Kedah Terus Menurun Kepada 1,567

26/09/2024
0

Alor Setar : Bilangan mangsa banjir di Kedah terus berkurangan kepada 1,567 mangsa daripada 472 keluarga yang ditempatkan di 18...

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

Kerajaan Akan Laksanakan Pembenihan Awan Di Perak, Kedah

28/07/2024
1

SHAH ALAM - Kerajaan akan melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di negeri Perak dan Kedah pada 29 hingga 31 Julai...

Next Post
Cuepacs: Inisiatif Pada Penjawat Awam Perlu Diteruskan Walau Tukar K’jaan

Cuepacs: Inisiatif Pada Penjawat Awam Perlu Diteruskan Walau Tukar K'jaan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd