Sample Page Title

Alor Setar : Pengundi diminta tidak memberi sokongan kepada pihak yang mendesak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan segera, ketika semua agensi kerajaan dalam persediaan menghadapi fasa peralihan monsun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata laporan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan berlakunya banjir besar antara Oktober hingga Mac tahun hadapan, akibat peralihan monsun timur laut.

Bagaimanapun katanya, ada pihak tidak mempedulikan amaran itu dan terus mendesak PRU-15 diadakan sehingga menyatakan sanggup berkempen dalam keadaan banjir tanpa mempedulikan nasib rakyat.

“Kita dapat laporan MetMalaysia menyatakan dijangka berlaku banjir besar di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akibat pemanasan global dengan semua agensi Persekutuan dan negeri diarah membuat persediaan rapi.

“Tiba-tiba ada orang gila ajak buat pilihan raya, ini sejenis gila apabila ajak orang kempen dalam banjir. Dia kata pilihan raya dalam banjir sekalipun kita redah, mereka tak ada kerja hingga sanggup buat kerja ini.

“Apabila MetMalaysia kata banjir sampai Mac 2023, buatlah pilihan raya April. Masa itu semua orang boleh keluar mengundi. Kita pun senang berkempen, tak perlu selak kain lalu celah air nak berkempen ke rumah orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Program Jelajah Kedah Sejahtera Daerah Kota Setar di Masjid Nurul Ihsan, Langgar di sini, hari ini yang turut dihadiri EXCO Penerangan negeri, Datuk Wan Romani Wan Salim.


Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, keadaan menjadi sukar kepada semua pihak termasuk polis yang bertanggungjawab menjaga keamanan sekiranya PRU-15 diadakan dalam keadaan banjir.

Berikutan itu, beliau berharap PRU-15 tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini dan mencadangkan ia dilaksana selepas April 2023, iaitu selepas keadaan cuaca diramal menjadi kembali cerah.

“Saya sudah sembah maklum kepada Sultan Kedah pada Selasa lalu, bahawa kerajaan negeri tidak akan bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga Mac 2023 dan hanya selepas itu boleh dipertimbang untuk bubar.

“Tuanku (Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah) titah kepada saya, itu kuasa Menteri Besar dan terpulang kepada pertimbangan saya. Maka DUN Kedah selamat tidak perlu pilihan raya sehingga tahun depan.

“Tetapi kerana mereka mahu bubar Parlimen juga, maka kita mungkin kena mengundi Parlimen. Jika pengundi rasa susah untuk mengundi (dalam banjir), maka jangan undi orang gila itu. Saya tidak kata pada sesiapa, tetapi pada orang gila yang ajak pengundi berenang ke pusat mengundi,” katanya.

-Harian Metro

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Hadi Nafi Pernah Tuduh Anwar Jadi Ejen Israel

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, pada malam tadi menegaskan dia tidak pernah menuduh Perdana...

Tubuh RCI Siasat Perbelanjaan RM600b Ketika Pentadbiran Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan hampir RM600...

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...