• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Nama PTGS, PDT Untuk Tipu Urus Niaga Tanah

oleh AK-47
06/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Guna Nama PTGS, PDT Untuk Tipu Urus Niaga Tanah
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS) mengesan cubaan penipuan urus niaga tanah dengan memperdaya orang ramai menggunakan nama PTGS, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Selangor sehingga membabitkan nama Menteri Besar Selangor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

PTGS dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis bagi kes yang dikenal pasti agar tindakan tegas boleh diambil bagi sebarang penipuan jenayah.

“Modus operandi yang digunakan ialah dengan penyamaran sebagai orang yang dilantik berurusan dengan PTGS dan mana-mana PDT.

“Pihak terbabit juga mengeluarkan notis untuk menjual hartanah dan memalsukan tandatangan pada notis terbabit.

“Terdapat juga pihak menggunakan nama pegawai kanan dan tertinggi PTGS serta PDT yang masih berkhidmat mahupun berpencen dengan memberikan maklumat dan janji palsu bagi urusan jual beli tanah,” katanya hari ini.

PTGS juga menegaskan kepada orang awam bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu mewakili pentadbiran bagi sebarang urusan urus niaga hartanah.

“PTGS ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan berhati-hati dengan taktik penipuan seumpama ini.

“Diharapkan orang ramai lebih berwaspada dengan taktik penipuan seumpama ini kerana kebanyakan mereka yang menjadi mangsa penipuan ini membabitkan jumlah kerugian besar dan agak sukar mendapatkan kembali wang mereka jika menjadi mangsa,” katanya.

Kenyataan itu berkata, PTGS mendapati pelbagai faktor yang menjurus kepada masalah penipuan itu sama ada membabitkan sindiket atau perseorangan.

“Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan tertipu adalah pastikan kewujudan tanah melalui daftar pelan yang sah dengan buat semakan berkaitan pemilikan (tuan punya tanah), nombor hak milik/ nombor lot/ nombor mukim/ saiz keluasan tanah melalui carian di PDT berkaitan atau PTGS.

“Semak sekatan kepentingan seperti kebenaran hak milik, kaveat dan cagaran/ gadaian selain memastikan

wakil mempunyai Surat Kuasa Wakil yang sah.

“Perlu wujudkan perjanjian jual beli, gunakan khidmat peguam sah, gunakan khidmat ejen hartanah berpengalaman dan jika boleh, sila berjumpa dengan tuan tanah untuk mendapatkan pengesahan,” katanya.

Justeru itu katanya, pembeli yang berhasrat untuk memiliki hartanah dinasihatkan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa dalam penipuan ini.

“Sekali lagi, orang ramai wajar membuat semakan terlebih dulu dengan PTGS atau mana-mana PDT bagi mengelakkan menjadi mangsa jual beli hartanah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PDTPTGStipuUrus Niaga Tanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd