Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Lelaki Bawa Mayat Kekasih...

PETALING JAYA - Lelaki yang menyerah diri dengan membawa mayat kekasihnya ke Balai...

Aksem Rampas Rokok Seludup...

KOTA BHARU - Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) Kelantan merampas 11,200 karton rokok putih...

Penurunan Harga Cukai Jalan...

KUALA LUMPUR : Sebarang keputusan untuk menurunkan harga cukai jalan akan memberi impak...

Tidak Ada Salahnya Chin...

GEORGE TOWN - Tiada salahnya bagi Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong membantu...

Dua Kakitangan Hospital Direman Tiga Hari, Rosakkan Hiasan Deepavali

Klang : Dua kakitangan hospital direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung tindakan merosakkan hiasan lantai tradisional atau kolam sempena Deepavali di pekarangan sebuah hospital swasta di sini, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek berusia 20-an dan 30-an itu ditahan jam 11 malam tadi selepas hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini.

“Dua suspek itu masing-masing individu yang berjalan dengan kasut atas kolam Deepavali serta yang merakam aksi lelaki berkenaan.

“Mereka direman tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti motif kejadian.

Sebelum ini, satu rakaman tular di TikTok yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai kakitangan sebuah hospital swasta sedang berjalan dengan kasut di atas perhiasan kolam.

Tindakan lelaki berkenaan turut mengundang pelbagai reaksi serta kecaman orang ramai.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori