• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dipecat Dari UMNO, Zaharin Akan Sertai Pentas Ceramah PH

oleh Mohd Arshad
05/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dipecat Dari UMNO, Zaharin Akan Sertai Pentas Ceramah PH
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Penulis blog, Datuk Zaharin Mohd Yasin, yang dipecat oleh UMNO, akan menyertai pentas ceramah Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika dihubungi hari ini, beliau menjelaskan sudah bersetuju dengan pelawaan pemimpin PH yang menjemputnya untuk menjadi antara penceramah mereka termasuk di sepanjang tempoh berkempen pada PRU kelak.

“Saya akan hadir berceramah di pentas Pakatan Harapan. Mereka menjemput dan saya akan hadir beri ceramah,” katanya turut menjelaskan berada di Parlimen pagi tadi antara lain bagi membincangkan mengenai jemputan itu.

Ditanya sama ada sudah membuat keputusan untuk menyertai salah satu parti dalam PH, Zaharin menjelaskan, buat masa ini tidak akan menganggotai mana-mana parti politik.

“Saya tidak akan sertai mana-mana parti politik tetapi sebab saya sudah dipecat dari UMNO, maka saya bebas untuk terima jemputan sesiapa termasuk menyampaikan ceramah di pentas PH,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan akan memohon menyertai semula UMNO, sebaik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak lagi menjadi presiden parti itu.

“Saya akan memohon semula untuk menjadi ahli UMNO sebaik Ahmad Zahid tidak lagi menjadi presidennya. Itu keputusan yang saya akan ambil,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebelum ini bersetuju memecat aktivis, Zaharin daripada menjadi ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata keputusan itu diambil mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 kerana melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO.

-Berita Harian

Tags: Pentas Ceramah PHPHUMNOZaharin Mohd Yasin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

‘10,000 Hadir Konvensyen PH 2026 Sampai Terpaksa Bersila Atas Lantai’ – Sheikh Umar

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali melahirkan rasa syukur apabila Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026...

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd