• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon PKR Dimuktamadkan Sebelum Mesyuarat Khas SPR

oleh Mohd Arshad
12/10/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Calon PKR Dimuktamadkan Sebelum Mesyuarat Khas SPR
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) oleh PKR berdasarkan lima kriteria yang lebih adil, telus dan terbuka, akan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada 19 Oktober ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli, berkata pihak sekretariat calon kini sedang menapis dan memberi pemarkahan awal supaya senarai yang berpotensi akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa calon pada malam ini.

“Senarai pendek calon ditentukan bersama oleh satu jawatankuasa calon yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dan empat naib presiden.

“Senarai pendek calon yang dikemukakan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk dimuktamadkan sudah melalui proses saringan dan penilaian yang rapi.

“PKR menetapkan garis masa ke arah memuktamadkan calon untuk PRU-15 sebelum berlangsungnya mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober ini,” katanya melalui kenyataan, di sini.

Pada masa sama, Rafizi berkata, lima kriteria calon PRU-15 bagi PKR ialah 30 peratus diambil berdasarkan senarai kekananan dalam struktur parti dengan mengambil kira pembabitan dan tanggungjawab di peringkat pusat, negeri serta cabang.

Beliau berkata, 20 peratus pemarkahan pula membabitkan kekuatan jentera pilihan raya yang dibina dan prestasi kempen lapangan untuk memenangi pengundi berdasarkan data jumlah sukarelawan atau petugas serta kekerapan aktiviti lapangan di kerusi yang ingin ditandingi.

“20 peratus lagi diambil kira membabitkan keterampilan dan kesesuaian menjadi wakil rakyat dengan mengambil kira latar pendidikan, kelayakan, pengalaman profesional serta kepakaran yang boleh menyumbang nilai tambah kepada keberkesanan sebagai wakil rakyat dan kewibawaan peribadi.

“Sumbangan kepada masyarakat di luar politik dalam pelbagai bentuk, termasuk kerja sukarelawan, pakar dalam industri dan bidang tertentu dan kepemimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menyumbang sebanyak 20 peratus.

“Baki 10 peratus pemarkahan pula membabitkan capaian media sosial untuk mengukur kemahiran berkomunikasi dan sebaran maklumat dengan orang ramai,” katanya.

Beliau berkata, sehingga jam 10 pagi tadi, PKR menerima sebanyak 1,673 permohonan daripada calon.

Katanya, prinsip yang diguna pakai dalam proses saringan kali ini adalah lebih telus supaya pengundi, anggota parti dan

bakal calon tahu mengenai kriteria dan proses pemilihan.

“Selain itu, pemilihan calon adalah lebih demokratik dengan membabitkan semua peringkat dalam dan luar parti untuk memastikan pandangan seberapa banyak pihak diambil kira,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Calon PKRMesyuarat Khas SPRPKRPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

Kenyataan Setiausaha Agung MKM Muncul Di Laman Facebook

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kenyataan Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

Fuziah Salleh Muat Naik Kenyataan Setiausaha Agung MKM Nafi Hilang Kepercayaan Terhadap PKR, Anwar

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Aqeef Salih menafikan organisasi tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Parti Keadilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd