Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kenaikan Harga Sayur Bersifat...

BUTTERWORTH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bahawa bekalan sayuran jenis...

[TIDAK RASMI] Tok Mat...

REMBAU : Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kini mendahului empat...

Polis Tahan Lelaki, Rampas...

KOTA BHARU - Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki menyimpan dan menyeludup lebih...

Pemberian Vaksin COVID-19 Harian...

PUTRAJAYA - Pemberian dos vaksin COVID-19 harian di negara ini melepasi angka 100,000...

Awas Kata-Kata Meruntun Hati Tun M

Rakyat perlu berhati-hati apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mula bersuara lunak, sedih, lemah, syadu, longlai dan seumpamanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Semasa PRU14 beliau berperwatakan begitu juga dan selepas PRU baru rakyat dapat melihat sisinya yang sebenar.

Bertukar menjadi seorang yang `keras’, tidak peduli pendapat rakyat yang digelar pemalas, semua dituduh bodoh termasuk anak raja.

“Saya ini nampak nyanyuk ? Saya boleh jawab soalan kamu, soalan orang lain”

Itu kata-kata terbaru amat meruntun hati oleh bekas Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu sidang media di Putrajaya.

Justeru, rakyat khususnya pengundi PRU15 perlu ingat bahawa Malaysia adalah lebih besar ertinya berbanding empati ke atas Mahathir.

Elemen simpati ke atas Pengerusi Pejuang itu perlu dihentikan kerana terbukti ia tidak menghasilkan sesuatu yang baik kepada Malaysia.


Tangisan air matanya semasa kempen PRU14 seharusnya mengajar kita untuk lebih bijaksana supaya tidak longlai dan mudah layu.

Lagipun Mahathir, keluarga serta kroni-kroninya sudah menikmat kehidupan yang terlalu selesa. Kini yang penting adalah masa depan rakyat.

Menyokong Mahathir dan gabungan politik barunya sekadar akan memecahbelahkan undi orang Melayu yang amat-amat penting ketika ini.

Mahathir tahu adalah mustahil gabungannya mampu membentuk kerajaan, tetapi dia juga tahu air mata dan kata-kata meruntun hati dapat menyentuh Melayu.

Berhati-hatilah wahai pengundi khususnya pengundi Melayu. Politik adalah sesuatu yang benar dan masa depan negara adalah juga benar.

Yang tidak benar adalah drama dan propaganda yang tahu bagaimana untuk memanipulasi jiwa serta emosi rakyat terutama orang Melayu.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori