• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

102 Pokok Ganja Sudah Diserah Kepada Jabatan Kimia

oleh Mohd Arshad
26/10/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
102 Pokok Ganja Sudah Diserah Kepada Jabatan Kimia
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Semua 102 pokok ganja yang ditanam di rumah bekas diplomat di Janda Baik, Bentong sudah diserahkan kepada Jabatan Kimia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed berkata, pokok ganja itu kini dalam proses analisis dan pengesahan jabatan itu.

Katanya, setakat ini polis masih menunggu keputusan analisis yang dibuat Jabatan Kimia sebagai bukti yang akan digunakan dalam perbicaraan kelak.

“Semua pokok ganja yang ditemui di rumah berkenaan sudah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Keputusan masih belum diperoleh lagi dan jika analisis sudah lengkap kelak, pihak pendakwaan akan kemukakan dalam perbicaraan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Bekas diplomat dan anak lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Raub, Jun lalu atas pertuduhan menanam pokok ganja.

Kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar di dalam sejarah narkotik negara berikutan sebelum ini kebanyakan rampasan hanya membabitkan pokok ganja yang ditanam di dalam pasu sahaja.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan rotan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.

-Harian Metro

Tags: jabatan kimiaPokok Ganja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Boleh Tanam 10 Pokok Ganja Saja

Boleh Tanam 10 Pokok Ganja Saja

12/07/2022
0

Bangkok : Jawatankuasa Draf Akta Kanabis dan Hemp Thailand memutuskan untuk mengehadkan hanya 10 pokok ganja yang boleh ditanam bagi...

Ganja: Polis Perketat Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand

12/06/2022
0

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand selepas negara jiran itu memutuskan membenarkan rakyatnya menanam pokok...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd