• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganja: Polis Perketat Kawalan Sempadan Malaysia-Thailand

oleh Mohd Arshad
12/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand selepas negara jiran itu memutuskan membenarkan rakyatnya menanam pokok ganja bagi kegunaan sendiri, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, keputusan Thailand itu secara langsung turut menimbulkan keghairahan kepada tokan tempatan untuk mendapatkan bekalan dari negara berkenaan.

Ujarnya, susulan itu pasukan polis akan melipatgandakan kawalan di kesemua pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk memantau pergerakan yang mencurigakan membabitkan cubaan penyeludapan ganja.

“Ini (kebenaran menanam ganja di rumah) memang akan beri kesan, akan timbulkan keghairahan yang lebih di pihak kita (Malaysia).

“Mungkin penghidu-penghidu (penagih dan pengedar) ini akan memudahkan pergerakan ganja (untuk penyeludupan) sebab kerana ia sudah tiada had lagi di sana, susulan itu kita mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi panel pada Seminar Isu Sosial Masyarakat 2022 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau memberitahu, PDRM juga telah mengemukakan cadangan beberapa pindaan membabitkan Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan mengambil kira kemunculan dadah-dadah baharu pada ketika ini.

“Kita telah cadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara, contohnya sebelum ini bagi dadah jenis heroin, berat 15 gram memang dikenakan hukuman gantung, tapi bagi syabu dan pil ekstasi masih 50 gram.

“Itu yang kita cadang nak kurangkan lagi kepada 15 gram sebabnya sekarang ini banyak penagih terlibat dengan dadah jenis ini,” katanya.

Ujarnya, cadangan itu turut melibatkan tambahan senarai bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai dadah jenis baharu termasuk syabu, ketamin, pil kuda dan yaba.

Jelasnya, setakat ini kira-kira hanya 60 jenis bahan kimia disenaraikan di bawah akta itu, berbanding 900 yang telah dikuatkuasakan dalam perundangan oleh negara lain.

Kosmo-

Tags: PDRMPokok Ganjasempadan Malaysia-Thailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

PDRM Tidak Campur Urusan Adat Negeri Sembilan, Pantau Provokasi Dan Hasutan di Media Sosial

20/04/2026
0

SEREMBAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan agama dan adat resam serta peruntukan-peruntukan yang termaktub...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd