• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Mahathir Cemerlang Kerana UMNO – Pemuda

oleh Mohd Arshad
28/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tun Mahathir Cemerlang Kerana UMNO – Pemuda
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Pemuda UMNO menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi berkemampuan sebagai Perdana Menteri terutama selepas meninggalkan UMNO, parti yang membantu kecemerlangan beliau ketika menyandang jawatan itu selama 22 tahun dahulu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Malah, menurut Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd. Johan Rizal Syed Unan Mashri, ramai pemimpin termasuk pelapis dalam kalangan parti itu hari ini yang layak diketengahkan sebagai Perdana Menteri.

“Saya rasa sampai masa untuk kita bagi ruang dan peluang kepada pemimpin baru. Kita menghormati Tun Mahathir yang cukup berjaya 22 tahun ketika zaman kegemilangannya, namun itu berdasarkan kekuatan UMNO yang menyokong beliau ketika itu.

“Tetapi apabila beliau tidak mendapat sokongan baik daripada parti ini ketika zaman Pakatan Harapan (PH), beliau hanya mampu bertahan 22 bulan sahaja berbanding 22 tahun. Kita UMNO mempunyai banyak pemimpin hebat,” katanya dalam satu program Bual Bicara secara langsung di media sosial semalam.

Dr. Mahathir baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga sekiranya tiada calon lain yang sesuai serta jika wujud desakan pelbagai pihak.

Mengulas lanjut, kata Syed Mohd. Johan Rizal, pemimpin UMNO yang layak diketengahkan ialah seperti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“UMNO mempunyai banyak pemimpin yang boleh diketengahkan sebagai Perdana Menteri yang boleh diberi peluang dan ruang.

“Asas Barisan Nasional (BN) lebih 60 tahun memerintah negara diletakkan pada dasar kepentingan rakyat. Igauan mimpi buruk selama 22 bulan itu saya rasa cukuplah sekali untuk kita harungi sekali lagi,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Pemuda UMNOTun MahathirUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd