• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tolak Kerjasama Dengan PAS Bukan Keputusan Zahid Seorang – Saarani

oleh AK-47
04/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tolak Kerjasama Dengan PAS Bukan Keputusan Zahid Seorang – Saarani
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Saarani Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pandangan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi yang menolak kerjasama dengan PAS tidak mewakili keseluruhan kepimpinan parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bercakap kepada pemberita di Gerik, Perak malam tadi, Saarani berkata Ahmad Zahid tidak pernah membuat keputusan secara sendirian, sebaliknya ia dilakukan selepas melalui beberapa peringkat perjumpaan dengan pimpinan parti.

“Mengikut pengalaman saya, katalah kalau sebelah malam nanti Umno hendak membuat mesyuarat MKT, maka sebelum mesyuarat itu akan ada satu mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik Umno.

“Mesyuarat jawatankuasa itu akan dihadiri Presiden; Timbalan Presiden; tiga Naib Presiden; Ketua Wanita, Pemuda, dan Puteri; Ketua Penerangan serta Bendahari, selain semua Pengerusi Perhubungan termasuk saya.

“Jadi, saya hendak menafikan kalau ada orang kata kenyataan Ahmad Zahid itu hanya pendapatnya sebagai presiden semata-mata, kerana apa yang disebutkan itu adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Biro Politik dan ‘endorse’ oleh MKT,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Semalam Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata rundingan dengan Umno masih berjalan, namun tidak melibatkan Ahmad Zahid.

Abdul Hadi berkata, pendirian Ahmad Zahid yang menolak kerjasama dengan PAS tidak mewakili pandangan Umno keseluruhannya.

PAS sebelum ini menyatakan hasrat bekerjasama dengan Umno dan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, yang merupakan seteru politik antara satu sama lain.

Bagaimanapun, sejak setahun lalu, PAS bersepakat dengan Bersatu dan menentang Umno pada pilihan raya negeri Melaka dan Johor.

-Malaysia Kini

Tags: BNkerjasamaPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

Senarai Calon BN Johor Di 56 DUN

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengumumkan senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd