• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tok Mat “Poster Boy” – BN Pasti Raih Keyakinan Rakyat

oleh Mohd Arshad
15/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tok Mat “Poster Boy” – BN Pasti Raih Keyakinan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

Barisan Nasional (BN) tidak boleh menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) hanya dengan undi penyokongnya sahaja.

Ikuti Mynewshub: Telegram

BN jika mahu menang PRU-15 dengan selesa perlu memperoleh sokongan majoriti segenap lapisan masyarakat termasuk bukan ahli BN.

Kemenangan BN pada PRN Melaka dan Johor kerana undi yang turut diterima daripada golongan tidak berpartisan (pengundi atas pagar)

Lebih menarik kemenangan BN di Melaka dan Johor juga disumbang undi ahli akar umbi PAS yang masih mendokong Muafakat Nasional.

Majoriti akar umbi PAS kekal mendokong Muafakat Nasional yang dimeterai hanya oleh UMNO dan PAS pada September 2019.

Momentum ini andai diteruskan pada PRU-15, maka peluang BN untuk kembali sebagai kerajaan mutlak adalah sangat cerah.

Bagaimanapun persoalan terpenting apakah BN mampu untuk mengekalkan momentum sokongan pengundi atas pagar tersebut?

Siapakah dalam kalangan pemimpin BN yang mampu untuk terus menarik keyakinan anggota masyarakat tidak berpartisan bersama BN?

Selepas ketiadaan Datuk Seri Najib Tun Razak, satu-satunya sosok yang diyakini ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat)

Beliau memiliki kriteria pemimpin disenangi rakyat serta bersih daripada sebarang skandal atau kes mahkamah yang membelenggu parti.

Kemampuan Tok Mat mengulas hal politik dengan nada santai, namun amat meyakinkan meletakkan beliau 10 langkah di hadapan berbanding yang lain.

Jika ada yang membuat tinjauan dalam kalangan pengundi atas pagar siapakah pemimpin BN yang mereka yakini jawapannya sudah pasti Tok Mat.

Kesimpulannya, BN memiliki Tok Mat sebagai aset paling ampuh untuk memenangi hati rakyat mengundi parti itu, tetapi sejauh manakah aset ini dimanfaatkan sepenuhnya?

Meletakkan Tok Mat sebagai Pengarah Pilihan Raya BN sahaja tidak mencukupi untuk meyakinkan masyarakat bahawa Tok Mat yang bakal memimpin.

Beliau sebaliknya perlu diangkat dan dicanangkan ke seluruh pelusuk tanah air sebagai “poster boy” yang akan menjadi Perdana Menteri jika BN menang PRU-15.

Dengan demikian sudah tentu sokongan pengundi atas pagar terhadap BN akan terus meningkat

Mynewshub-

Tags: BNPRU-15Tok Mat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

Tiada ‘U-Turn’: BN Johor Arah Jentera Siap Siaga Hadapi PRN, Bertanding 56 Kerusi DUN

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor tetap dengan keputusan bertanding semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd