• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kasih ‘Bos’ Kerana Percaya Saya – Bidoglio

oleh Mohd Arshad
11/09/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Terima Kasih ‘Bos’ Kerana Percaya Saya – Bidoglio
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Membawa Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA tidak sampai dua bulan selepas membimbing Harimau Selatan, Hector Bidoglio mengucapkan terima kasih kepada pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk meneruskan legasi hebat gergasi bola sepak negara itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengendali kelahiran Argentina itu yang menggantikan Benjamin Mora, Julai lalu berkata, kejayaan yang diraih pasukannya adalah hasil sokongan tidak berbelah bagi Tunku Ismail, selain penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan.

“Terima kasih kepada bos (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan semua orang di Johor Darul Ta’zim.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk membimbing pasukan hebat ini. Saya gembira melihat bagaimana pemain memberikan cabaran kepada lawan.

“Kami mengekalkan penguasaan bola dan saya bangga dengan pemain. Mereka menampilkan aksi menakjubkan malam ini,” kata Bidoglio.

JDT mengecewakan impian Terengganu FC untuk menamatkan penantian 11 tahun selepas menumpaskan skuad Penyu 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di depan hampir 90,000 penonton di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Dua jaringan Bergson da Silva dan satu menerusi Arif Aiman Hanapi menghadiahkan Piala FA ketiga buat Johor, malah Aiman turut dinobat sebagai Pemain Terbaik Perlawanan Akhir.

-Utusan Online

Tags: Hector BidoglioJDTPiala FA 2022TMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd