• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanggup Bayar RM2,000 Hingga RM4,500 Masuk Malaysia

oleh AK-47
17/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Sanggup Bayar RM2,000 Hingga RM4,500 Masuk Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Langat : Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun ditahan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih semasa rondaan Op Nyah 1 Selangor, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata tangkapan pertama membabitkan 11 PATI warga Indonesia termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang ditahan dalam paya bakau di kawasan Pantai Long Beach, Morib ketika rondaan dilakukan pada jam 12.30 tengah malam.

“Semakan mendapati kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen pengenalan yang sah.

“Hasil dari soal siasat yang dilakukan membawa kepada serbuan dan tangkapan ke sebuah rumah inap di kawasan Banting yang mana 41 orang warganegara Indonesia dan Bangladesh ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen diri yang sah.

“Siasatan awal menunjukkan tiga lelaki warga Indonesia yang turut berada di rumah itu dipercayai berperanan sebagai tekong yang menguruskan perjalanan mereka masuk ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua PATI yang ditahan berusia dalam lingkungan 5 hingga 50 tahun dan dipercayai membayar antara RM2,000 hingga RM4,500 untuk masuk ke negara ini.

Katanya, PATI berkenaan dipercayai akan bekerja di pelbagai sektor terutamanya ladang dan pembinaan sekitar Pahang, Kuala Lumpur serta Selangor.

Jelasnya, tindakan akan turut diambil terhadap pemilik rumah inap kerana kediamannya dijadikan rumah penampungan bagi PATI.

“Kesemua tangkapan dibawa ke Balai Polis Banting untuk tindakan seterusnya dan kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Pati
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd