Sample Page Title

KUALA LUMPUR : Kerajaan menjangkakan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama dan kedua di Dewan Rakyat pada November ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini kerana, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sudah menyediakan skop dan parameter dasar digariskan dalam RUU berkenaan serta dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November ini, disusuli Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.

Selain itu, katanya, sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dijadual diadakan pada 28 September ini, bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU berkenaan.

“Mengimbau sejarah, inisiatif memperkenalkan undang-undang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

“Namun, hasrat untuk memperkenalkan undang-undang bagi mengawal selia dana politik tidak terlaksana.

“Cadangan kerangka perundangan bagi RUU Sumbangan Politik pernah dikemukakan kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang. Namun, hasrat ini tidak kesampaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Junaidi berkata, penggubalan RUU berkenaan juga mengambil kira pandangan pihak berkepentingan melalui sesi libat urus diadakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti IDEAS, BERSIH serta pakar akademik.


“Beberapa sesi perbincangan dalaman sudah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU ini,” katanya.

BH sebelum ini, melaporkan penggubalan RUU Sumbangan Politik akan dikawal selia entiti bebas dikenali Pengawal Selia Sumbangan Politik peringkat Persekutuan dan negeri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata pandangan daripada pihak berkepentingan termasuk parti politik turut diambil kira berkaitan perincian RUU itu, sebelum dibentangkan untuk bacaan pertama pada sesi Dewan Rakyat akan datang.

Kabinet sebelum ini bersetuju untuk menggubal RUU Sumbangan Politik yang akan menyaksikan Pengawal Sumbangan Politik dijadikan entiti bebas bagi mengawal selia sumbangan politik di negara ini.

Malah, Barisan Nasional (BN) berharap RUU berkenaan dapat dibentangkan di Parlimen sebelum PRU-15, seperti dinyatakan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, RUU itu diperjuangkan BN sebelum PRU-14 lagi, selain berharap sekurang-kurangnya bacaan pertamanya dapat dibuat sebelum PRU akan datang.

Katanya, BN komited supaya masalah berkaitan kebolehtanggungjawaban serta ketelusan pergerakan wang dan sebagainya membabitkan politik, dapat dikawal selia undang-undang yang khusus.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...

PM: Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku...

Kuota, Pengalaman, Kecekapan, Kriteria Penentuan Kabinet

KUALA LUMPUR : Kuota berdasarkan jumlah kerusi parti, pengalaman serta kecekapan calon adalah antara...

Kedudukan Ketua Pembangkang DUN Selangor Diteliti Semula

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mungkin diteliti semula...