Friday, June 14, 2024

Creating liberating content

Prudential BSN Lindungi Anak...

SUNGAI PETANI - Prudential BSN Takaful (PruBSN) menawarkan pelan perlindungan lengkap seawal 14...

Jamie Dornan: Isteri Saya...

PELAKON utama filem separa lucah, Jamie Dornan mengatakan berkemungkinan besar isterinya, pelakon British,...

Guru Di Pakistan Diajar...

PERISTIWA serangan puak Taliban ke atas sebuah sekolah di daerah Peshawar pada Disember...

Isu Rohingya Adalah Isu...

COX’S BAZAR (Bangladesh) - Malaysia tidak pernah berhasrat untuk campur tangan dalam hal...

Reman Suami Ejen Kosmetik Disambung Tiga Hari

KOTA BHARU: Reman terhadap suami ejen jualan kosmetik yang dilarikan sekumpulan lelaki pada petang Selasa lalu disambung tiga hari bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata permohonan sambung reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu bersama dua lagi tangkapan termasuk seorang wanita membolehkan siasatan lanjut dilakukan.

“Sebelum ini semua suspek ditahan pada Selasa lalu selama lima hari berakhir hari ini dan reman disambung lagi tiga hari berkuat kuasa hari ini sehingga 20 September.

“Setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat dan semua yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam satu kenyataan.


Media sebelum ini melaporkan, perselisihan di antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan sekumpulan lelaki daripada kediamannya di Kampung Semat Jal, petang Selasa lalu.

Siasatan awal polis mendapati, suami kepada mangsa terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah dan dikatakan mangsa dilarikan ke negara jiran.

Khamis lalu, polis Thailand membuat serbuan di sebuah rumah di pinggir Sungai Golok dipercayai tempat persembunyian suspek namun tiada mana-mana individu dalam rumah berkenaan.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori