• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU15: Tiada Perubahan, BN Tetap Bergerak Sendirian

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRU15: Tiada Perubahan, BN Tetap Bergerak Sendirian
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan UMNO dan BN masih memegang pendirian sama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) secara sendirian.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ia merupakan keputusan yang dibuat oleh parti sebelum ini dan tiada perubahan setakat ini.

“UMNO bukan saya… UMNO adalah parti, jadi parti kena buat keputusanlah. Apa sahaja pandangan saya tak penting, pandangan parti penting. Jadi apa jua yang diputuskan perlu diputuskan oleh parti kerana bukan satu dua orang yang membuat keputusan dalam parti.

“Ia diputuskan dalam satu mesyuarah dan badan tertinggi adalah Majlis Tertinggi (MT), maka kalau ada agenda dalam mesyuarat MT bulanan, kita akan bincang. Buruk, baik, kelebihan-kelebihan ataupun apa jua jika kita nak menilai apa yang disebut oleh Setiausaha Agung Pas tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Merdeka @Komuniti daerah Seremban di Senawang pada Rabu.

Mohamad mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan iaitu Pas kekal menganggap semua pihak yang bernaung di bawah gagasan penyatuan ummah termasuk UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) terutama dalam membina negara yang baik dan diredai Tuhan.

Takiyuddin menjelaskan, keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang bersidang pada Ahad.

Dalam pada itu, Mohamad turut menekankan kesiap-siagaan parti adalah perkara penting dalam menghadapi pilihan raya ini.

“Kita bersama (bekerjasama) ataupun tidak bekerjasama dengan sesiapa pun, jentera parti mesti dalam keadaan terbaik dan secara puratanya parti bersedia untuk menghadapi pilihan raya, bersemangat tinggi.

“Bagaimanapun ada beberapa aspek yang perlu kita tambah baik kerana seperti yang saya sebut sebelum ini kita memasuki pilihan raya ini umpama kita memasuki peperangan. Pengakhirannya kalah menang. Kalau perang hidup mati, kalau pilihan raya kalah menang jadi perlu bersedia betul-betul,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: BNPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd