PONTIAN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah ini, selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sawah, Pekan Nanas itu dibuka mulai jam 8 pagi tadi bagi menempatkan 18 mangsa daripada tiga keluarga.
“Antara kawasan yang terjejas banjir ini melibatkan Jalan Kurnia dan Kampung Maju Jaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, di Batu Pahat, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading masih dibuka sejak 14 September lalu, menempatkan 44 mangsa daripada 11 keluarga.
Antara kawasan terjejas banjir di Batu Pahat ialah Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Kampung Baru Sri Gading, Kampung Seri Tanjung dan Pekan Seri Gading.
Sehingga 4 petang tadi, dua PPS dibuka di Johor melibatkan daerah Batu Pahat dan Pontian membabitkan 62 mangsa daripada 14 keluarga.
Bernama-