• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS

oleh Mohd Arshad
01/04/2025
dalam Terkini
0
Kebakaran Saluran Gas: Kerajaan Selangor Aktifkan PPS
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam: Kerajaan Selangor telah mengaktifkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights bagi menyediakan tempat perlindungan sementara kepada mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, pagi tadi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi hantaran di laman X memaklumkan PPS itu dibuka bagi menempatkan penduduk yang terjejas dengan insiden kebakaran berkenaan.

“Pihak bomba sedang dalam proses mengawal kebakaran dan telah mengarahkan pemindahan penduduk di kawasan sekitar.

“Unit Pengurusan Bencana Daerah telah mengaktifkan PPS di Masjid Putra Heights bagi menempatkan mangsa yang terlibat sementara waktu sehingga keadaan pulih dan terkawal,” katanya.

Sementara itu Exco Pengurusan Bencana Selangor Mohd Najwan Halimi dalam kenyataan memaklumkan terdapat beberapa rumah di Kampung Kuala Sungai Baru turut terbakar susulan insiden berkenaan, namun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

“Ada juga mangsa yang terperangkap di dalam rumah itu dan usaha menyelamatkan sedang giat dijalankan. Sementara itu mangsa yang telah diselamatkan dibawa ke PPS berkenaan dan terdapat beberapa mangsa yang melecur serta menunggu ambulans untuk mendapatkan rawatan. Buat masa ini, pihak masjid sedang membantu mangsa,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

-Harian Metro

Tags: Kebakaran Saluran GasPPS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

Banjir 7 Negeri: Pahang Paling Ramai Di PPS

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Setakat jam 9.30 pagi ini terdapat 2,827 mangsa daripada 838 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd