• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Temerloh Nafi Kejadian Culik, Cuma ‘Salah Faham’

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Temerloh Nafi Kejadian Culik, Cuma ‘Salah Faham’
Share on FacebookShare on Twitter

Polis daerah Temerloh menafikan berita mengenai dakwaan penculikan di kawasan perumahan di Mentakab, Pahang dan menyifatkannya sebagai “salah faham”.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Temerloh, Azhar Yusoff berkata, individu yang menyebarkan berita itu di laman Facebooknya semalam telah memohon maaf berhubung kejadian itu.

“”Pada 28 Sept jam lebih kurang 8 pagi, Ibu pejabat Polis Daerah Temerloh Pahang telah mengesan satu posting yang dikongsi oleh pemilik akaun ‘Aisyah Eca’ di laman sesawang Facebook Temerloh dan Mentakab mengenai berita kejadian cubaan culik di dalam daerah Temerloh iaitu di kawasan Mentakab.

“Wanita itu telah melihat kereta berwarna gelap diletakkan berhampiran rumahnya dan salah tafsir sebagai kenderaan penculik. Tujuan pemilik motokar terbabit adalah untuk menukar peralatan dapur gas di rumah jirannya,” kata Azhar dalam satu kenyataan.

Menurut Azhar, pemilik akaun Facebook itu juga telah memohon maaf atas salah faham berkenaan dan menjelaskan bahawa tiada kejadian culik berlaku.

Azhar dalam pada itu turut meningatkan orang ramai bahawa polis memandang serius penyebaran berita palsu.

“Perbuatan ini merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dan kes juga boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutankepada mana-mana golongan awam.

“Pihak polis menyeru dan mengingatkan kepada masyarakat supaya menyemak terlebih dahulu kesahihan dan kebenaran sesuatu berita sebelum membuat perkongsian di mana-mana platform media sosial,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat laporan yang tidak dapat disahkan dan tersebar di media sosial mengenai cubaan culik, terutamanya membabitkan pelajar sekolah di beberapa negeri.

Pihak polis bagaimanapun menafikan laporan sedemikian.

-Malaysia Kini

Tags: culiknafipolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lembaga Peperikaaan Nafi Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026

Lembaga Peperikaaan Nafi Dakwaan Kebocoran Soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2026

03/11/2026
0

PUTRAJAYA - Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan berlaku kebocoran soalan Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (UBBI) bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

OPA Nafi Dakwaan Pengawas Sekolah Hidang Alkohol Dalam Majlis Makan Malam

24/10/2026
0

SEREMBAN - Persatuan Bekas Murid St. Paul, Seremban (OPA) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa pengawas sekolah terbabit mengendalikan atau menghidangkan minuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd