Monday, October 7, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Kitar Semula Isu...

MIRI – Barisan Nasional (BN) yakin isu royalti minyak yang akan diketengahkan oleh...

Peluncur Maut Dibaham Jerung...

Sydney - Nampaknya seminggu dua ini bukan tempoh yang baik untuk Jepun.Semalam seorang...

Duta Britain Ke Saudi...

MINA - Dalam kalangan 19,000 jemaah dari Britain berpeluang menunaikan ibadah fardu haji...

Pemandu Lori Lawan Arus...

SHAH ALAM – Seorang pemandu lori yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kemalangan...

Perhilitan Terengganu Terima 12 Aduan Kelibat Harimau Belang

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 12 aduan berkaitan harimau belang diterima Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, kebanyakan aduan yang diterima adalah dari penduduk di daerah Dungun dan Kemaman.

“Aduan terbaharu yang kita terima ialah berkaitan kelibat harimau belang berhampiran laluan masuk ke Plaza Tol Dungun, Dungun pada Jumaat lalu.

“Berdasarkan siasatan awal ke lokasi yang dinyatakan itu, Perhilitan berjaya menemui kesan tapak kaki harimau.

“Kita tidak menolak kemungkinan bahawa kelibat harimau yang dilihat itu adalah harimau yang sama dari Hutan Bukit Bauk kerana lokasinya agak berdekatan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.


Dalam pada itu, Kean Seong berkata, pihaknya turut menasihatkan orang awam agar tidak mengganggu harimau jika terserempak dengan haiwan liar itu kerana bimbang ia akan bertindak agresif.

“Hentikan juga sebarang perkongsian lokasi melalui media sosial seperti Facebook atau WhatsApp sebaliknya laporkan segera sebarang penemuan berkaitan harimau kepada Perhilitan bagi membolehkan pemantauan dan tindakan sewajarnya diambil.

“Perkongsian maklumat hanya akan mengancam keselamatan haiwan tersebut kerana kita tidak tahu kemungkinan terdapat pemburu haram yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan maklumat yang dikongsikan itu,” katanya.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori