• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjaga Stor Didakwa Sebabkan Kematian Guru

oleh AK-47
28/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penjaga Stor Didakwa Sebabkan Kematian Guru
Share on FacebookShare on Twitter

Kulim : Seorang penjaga stor yang juga orang kurang upaya (OKU) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang guru di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas pada Julai lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

S Jelatheswaran, 37, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Mirza Mohamad.

Mengikut kertas pertuduhan, Jelatheswaran didakwa dengan niat mencetus bencana hingga menyebabkan kematian mangsa N Kumar, 54, di pondok batu belakang sebuah rumah di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas Pulau Pinang antara jam 4.30 petang 27 Julai 9.50 pagi 28 Julai lalu.

Sehubungan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Pavitra manakala tertuduh diwakili peguam Tamil Salvan.

Terdahulu, Pavitra memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dan beberapa syarat tambahan kepada tertuduh namun Tamil Salvan merayu jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya selain perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.

Mirza kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan termasuk tidak mengganggu mana-mana saksi pihak pendakwaan, lapor diri setiap dua minggu di Balai Polis Jalan Pattani, menyerahkan pasport sekiranya ada dan turut mengarahkan tertuduh memaklumkan kepada pegawai penyiasat sekiranya ingin keluar dari Kedah dan Pulau Pinang.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 28 Julai lalu, seorang guru lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

Bagaimanapun, kematian guru pendidikan moral sebuah sekolah di Pulau Pinang itu menimbul persoalan sama ada dia menjadi mangsa jenayah atau sebaliknya selepas dibawa tiga lelaki ke hospital terbabit jam 9.15 malam.

Hasil siasatan polis membawa kepada penahanan wanita berusia 41 tahun yang bekerja sebagai penolong pegawai sebuah agensi kerajaan dan mangsa dipercayai terbabit dalam pergaduhan dengan beberapa lelaki di sebuah restoran kerana dia didakwa menyimpan gambar bogel suspek dalam telefon bimbitnya.

-Harian Metro

Tags: dakwaGurukematianPenjaga Stor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd