• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penghantar Makanan Dituduh Di Mahkamah Cederakan Warga Emas

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penghantar Makanan Dituduh Di Mahkamah Cederakan Warga Emas
Share on FacebookShare on Twitter

Georgetown : Seorang penghantar makanan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki warga emas pada Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Lawrence Young Meng Seang Seang 43, yang kelihatan agak keliru pada mulanya menyatakan dia bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Manomani Ramanathan.

Bagaimanapun, tertuduh pantas menukar pengakuan dan memohon untuk dibicarakan selepas Manomani menjelaskan dia boleh dikenakan hukuman penjara atas kesalahan terbabit.

“Saya tak mahu penjara. Minta bicara kalau macam itu,” katanya.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada seorang cahaya mata itu didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap Leong Poh Pin, 79, di Jalan Fettes pada kejadian jam 1.51 tengah hari.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Inspektor Zaida Azuwa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 14 Disember ini.

Rabu lalu, tular di media sosial seorang pemandu kereta warga emas dipukul seorang penghantar makanan selepas kedua-duanya dikatakan terbabit kemalangan.

Beberapa gambar dan satu rakaman video ‘dashcam’ turut menunjukkan motosikal yang ditunggang penghantar makanan terbabit terbalik menyebabkan dia tidak berpuas hati dan memukul pemandu kereta berkenaan sebelum dileraikan orang ramai.

-Harian Metro

Tags: mahkamahPenghantar makananwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

Nik Abduh Seru ‘Ceplos’ Baca Jawapan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Tahun 2024 Mengenai Hukum Kutipan Derma Bayar Denda Mahkamah

12/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkongsi penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan beberapa tahun...

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

Media Lapor Kenderaan Bawa Najib Keluar Penjara Kajang Ke Mahkamah

10/11/2026
0

KAJANG - Kenderaan yang membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilaporkan keluar dari pekarangan Kompleks Penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd