• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera

oleh Mohd Arshad
23/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pasangan Suami Isteri Tak Mengaku Dera, Aniaya Dua Anak Saudara Hingga Cedera
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG : Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua beradik yang juga anak saudara mereka ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tertuduh, Julianah Omar, 34 dan suaminya, Muhammad Asyari Mohd Alwi, 29, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dikemukakan terhadap mereka di hadapan Hakim, Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didakwa selaku orang yang memelihara dua kanak-kanak berusia enam dan hampir lapan tahun itu, menganiaya kedua-dua mangsa sehingga mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan itu dilakukan di kediaman mereka di sebuah apartmen dekat Taman Cahaya di sini, antara Ogos hingga 16 September lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Ali, yang mencadangkan supaya kedua-dua tertuduh berkenaan diikat jamin RM15,000 setiap seorang bagi dua pertuduhan terbabit dengan seorang penjamin tempatan.

Aiza turut mengemukakan syarat tambahan iaitu kedua-dua tertuduh dilarang mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan dan melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan, selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.

Ketika ditanya hakim mengenai status dua beradik terbabit, Aiza memaklumkan bahawa mereka sedang menerima rawatan di hospital dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Peguam bela, Azlinie Othman, yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu agar anak guamnya diberikan jaminan antara RM7,000 hingga RM8,000 setiap seorang bagi dua pertuduhan berkenaan mengambil kira Julianah yang juga suri rumah sedang mengandung lima bulan, selain menghidap diabetes dan gout.

Katanya, kandungan Julianah berstatus risiko tinggi yang perlu mendapatkan rawatan berkala di hospital memandangkan dia pernah mengalami keguguran sebelum ini.

Azlinie turut memaklumkan bahawa Muhammad Asyari yang bekerja sebagai pemandu e-hailing, mempunyai pendapatan rendah iaitu sekitar RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM10,000 terhadap setiap tertuduh bagi dua pertuduhan berkenaan dengan seorang penjamin tempatan serta meluluskan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 3 November nanti untuk serahan dokumen dan laporan penuh perubatan kedua-dua mangsa.

Sebelum ini, media melaporkan kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang pada 16 September lalu selepas disyaki mendera dua beradik berkenaan.

Suspek wanita adalah adik kepada ibu mangsa yang menjaga dua beradik itu sejak dua tahun lalu selepas bapa kanak-kanak itu meninggal dunia.

Terdahulu, media melaporkan seorang budak lelaki berusia lapan tahun yang berada seorang diri di rumah, cuba terjun dan melarikan diri dari tingkap sebuah unit kondominium di tingkat empat.

Susulan itu, bomba berjaya menyelamatkan mangsa selepas memecah masuk ke dalam rumah dengan bantuan pihak polis.

Kanak-kanak lelaki itu didapati mempunyai kesan lebam di bahagian belakang, kaki dan tangan dipercayai akibat didera.

Malah, pihak polis turut mengesan adik mangsa iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga mempunyai kesan kecederaan sama dipercayai akibat didera.

-Berita Harian

Tags: Anak SaudaraaniayacederaDerapasangan suami isteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iran Sekat Akses Internet Ketika Tunjuk Perasaan Telah Mengorbankan 11 Nyawa

Next Post

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Related Posts

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

Lantai Bangunan Ranap, 2 Cedera Termasuk Seorang Parah

07/03/2025
1

KOTA KINABALU: Sebuah restoran dan rumah penginapan ranap selepas lantai tingkat satu di sebuah bangunan kedai di Kompleks Segama, di...

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

Pengunjung Cedera Ditimpa Gelongsor Kaca Di Taman Tema

31/01/2025
0

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang pengunjung cedera selepas sebuah pelampung permainan gelongsor air kaca di sebuah taman tema di Seksyen...

Next Post
Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Mahkamah Bebaskan Zahid Dari 40 Pertuduhan Rasuah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd