Sample Page Title

Apakah ini cerminan pemimpin-pemimpin yang PAS ada selepas berakhirnya era Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz yang disayangi dan disenangi rakan atau lawan politik?

Ikuti Mynewshub: Telegram

Itulah persoalan yang terlintas setiap kali tengok muka MB Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Siapa akan lupa lawak pasal kontena mayat ketika Covid-19 memuncak dan menyebabkan banyak kematian.

“Kontena jenazah mencukupi, siapa nak masuk, bagi nama.” – kata Sanusi ketika itu tanpa memikirkan sensitiviti jutaan rakyat Malaysia yang kehilangan ahli keluarga atau sahabat handai kerana pandemik itu.

Guruan kurang ajar itu sehingga mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya sebagai biadap.

“Pemimpin kena ada empati dan sikap belas. Dengan kes kematian yang meninggi mutakhir ini, kenyataan semacam ini adalah biadab,” kata Anwar.

Anwar dalam teguran sebenarnya menekankan sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin.

Itu belum lagi mengambil kira kenyataan ‘mabuk todi’ berhubung isu perobohan Kuil Sri Raja Munisarar di Kuala Kedah pada tahun 2020.

Dah la robohkan rumah ibadat orang, lepas tu guna istilah yang memang secara tepat menghina masyarakat India.

Tak kisah la apa pun alasan kuil itu dirobohkan, sudah tentu akan ada masyarakat Hindu yang terasa hati.

Sebagai pemimpin, pandai la sikit bila mengurus keadaan seperti itu dan bukannya dengan mulut laser.

Selain itu, Sanusi juga berulang kali menyindir Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam isu bola sepak.

Pemimpin DAP pun tidak pernah sebiadap itu dengan raja-raja Melayu.

Cara Sanusi menyindir, langsung tidak mengambil kira Tunku Ismail bakal Sultan Johor suatu hari nanti.

Part mengutuk UMNO atau pemimpin UMNO takyah cita la.

Bergurau sikit-sikit boleh, tapi kalau macam kena sawan babi mulut tu dah dianggap melampau.

Kita tidak pernah melihat mana-mana pemimpin PAS bercakap nada seperti ini walaupun ketika debat yang panas di Parlimen.


Pemimpin PAS marah macam mana pun, mereka selalunya ada had bila bersuara.

Bergurau mereka pun tetap dalam ruang lingkup adab Melayu dan Islam.

Tapi bukan Sanusi.

Justeru, apa yang menjadi persoalan ialah mengapa mulut Sanusi, wakil sebuah parti Islam semakin lama semakin menjadi-jadi kurang ajarnya?

Apakah kurang didikan orang tua?

Budak kalau mulut longkang, pertama sekali orang akan pandang ke arah orang tua dia dan bertanya, apa yang mak bapak dia ajar.

Orang akan cakap mulut macam [email protected] budak ni.

Bendanya satu aje, Sanusi belum jumpa orang yang sama naik lagi.

Sekarang seronok la, bergurau apa pun, tukang ampu ramai nak sahut lawak bodoh dia.

Kalau terus macam ni, satu hari nanti akan ada jugak mana-mana manusia yang tak pedulik Sanusi siapa, dia tepek tepat kat muka nanti.

Masa tu Sanusi akan faham la kot bahawa ada had dalam bergurau senda, lebih lagi bila anda sudah pun bergelar pemimpin.

Bukan semua orang pedulik dengan jawatan dia. Cuma adakalanya orang tak nak nampak jatuh sangat standard diri tu.

Namun sampai bila? Pasti akan ada jugak yang menjawab balik dengan bahasa yang lebih kasar nanti.

Masa tu, bila kena maki kat muka, terima la dengan hati yang tabah yea.

Jangan balik mengadu kat bini pulak.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Dutch Lady Henti Pengeluaran Serbuk Susu Tepung Di Malaysia

KUALA LUMPUR: Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) hari ini mengumumkan pengoptimuman operasi pengeluaran...

Bekalan Telur Masih Kurang Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Bekalan telur, khususnya gred A masih tidak mencukupi di beberapa kawasan di...

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...