• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Benarkan Warta Notis Lucut Hak Addy Kana

oleh Mohd Arshad
26/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah Benarkan Warta Notis Lucut Hak Addy Kana
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menerima permohonan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang tunai RM20,000 yang diterima dari ahli perniagaan, Addy Kana atau nama sebenar, Zaidi Kanapiah sebagai bon jaminan pemulangan sebuah MPV mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashraf Mohd. Tahir mengikut Seksyen 56 dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Yang Arif, berkenaan dengan permohonan lucut hak harta ini, saya difahamkan responden hari ini tidak ada bantahan terhadap permohonan ini.

“Bagaimanapun, selaras dengan Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, pihak pemohon pohon satu perintah atau notis kepada pihak ketiga diwartakan sebelum tindakan lanjut terhadap harta tersebut,” jelas Ashraf ketika prosiding.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menetapkan 30 November ini bagi pengurusan kes selepas menerima pengesahan tiada bantahan daripada Addy Kana, 38, yang tidak diwakili peguam berhubung permohonan itu.

Mohamed Zaini: Encik Zaidi, boleh sahkan tidak ada bantahan ke atas permohonan ini?

Addy Kana: Ya, saya sahkan.

Pewartaan notis kepada pihak ketiga bermaksud pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dan mahu menuntut wang tunai yang dirampas daripada responden itu harus hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 5 September lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis permohonan berhubung pelucut hak terhadap wang tunai RM20,000 yang diterima daripada Zaidi sebagai gantian kepada pembayaran wang pendahuluan bagi pembelian kenderaan jenis Toyota Alphard untuk dilucuthakkan kepada kerajaan.

Notis permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini, menamakan pendakwa raya sebagai pemohon dan Zaidi selaku responden.

-Utusan Online

Tags: Addy KanamahkamahNotis Lucut Hak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd