Sample Page Title

SHAH ALAM : Kongres Khas DAP 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDEAL di sini, hari ini bertujuan meminda perlembagaan parti bagi menghalang wakil rakyatnya melompat parti.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, berkata pindaan itu mustahak meskipun wujud pandangan bahawa wakil rakyatnya cemerlang dalam parti, ia tetap perlu dibuat bagi mengelak ‘sindrom’ katak dalam DAP.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menegaskan tiada maaf bagi wakil rakyat yang bertindak melompat dari parti berkenaan setelah pindaan perlembagaan DAP diluluskan hari ini.

“Hari ini kita nak luluskan satu pindaan Perlembagaan parti supaya kita perkukuh dan perkasakan fasa

mengharamkan sama sekali sebarang usaha wakil rakyat yang dipilih di bawah panji DAP daripada melompat ke parti lain.

“Ini adalah komitmen dan janji parti dan hari ini kita akan tunaikan. Saya nak lahirkan penghargaan kepada Setiausaha Agung DAP (Anthony Loke Siew Fook) yang menjayakan usaha ini, kerana ini sesuatu yang amat penting kepada parti.

“Kita nak pastikan bahawa tidak ada harapan langsung kepada mereka yang berhasrat mahupun ingin melompat parti. Kepada mereka yang nak berbuat demikian, nak boikot parti…tiada esok lagi…tiada maaf bagimu,” katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Kongres Khas DAP 2022.

Ketika ini, DAP ada seramai 42 Ahli Parlimen. Sehubungan itu, Guan Eng yakin mereka akan kekal menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).


Sebagai amaran kepada wakil rakyat yang ingin melompat ke parti lain, beliau berkata jangan sesekali cuba berbuat demikian dengan ingkar dan khianat amanah rakyat yang mengundi mereka.

Beliau berkata, tindakan wakil rakyat yang melompat parti cuma berakhir dengan penganjuran Pilihan Raya Kecil (PRK) sekali lagi.

“Saya harap semua boleh sokong pindaan ini. Ini sama sekali tidak akan mengurangkan ruang untuk bersuara tetapi di bawah kepimpinan bersama bawah DAP, sebarang pandangan berlainan boleh disuarakan secara dalaman.

“Tetapi selepas keputusan dibuat secara kolektif, sebagai parti berdisiplin kita mesti bergerak sebagai satu pasukan untuk laksanakan keputusan dibuat.

“Kita tegaskan, parti dan rakyat paling penting daripada strategi individu…tak boleh kemewahan dan kekayaan. Pindaan ini akan beri keyakinan kepada orang ramai.

“Kita harap boleh dapat sokongan yang lebih pada PRU akan datang supaya peratusan keluar mengundi akan lebih tinggi, kerana tak perlu bimbang lagi tentang orang politik atau katak politik dalam DAP serta negara,” katanya.

-Berita Harian

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pekerja Asing Dibenar Untuk Sub Sektor Gudang Darat

PUTRAJAYA: Majikan di seluruh negara dibenarkan untuk menggaji pekerja asing dalam sektor kecil gudang...

Covid-19: Majoriti Negeri Catat Kes Tiga Angka

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 3,024 kes berbanding kelmarin,...

PAS Tak Sertai Kerajaan Perpaduan, Jadi Pembangkang Konstruktif

KUALA LUMPUR: PAS menegaskan tidak akan menyertai Kerajaan Perpaduan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim,...

Belanjawan Selangor 2023: Peruntukan RM65.6 Juta Teruskan Program Kesihatan Awam

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan RM65.6 juta bagi meneruskan pelaksanaan pelbagai program berkaitan kesihatan...

Lelaki Warga Emas Maut Ditikam Suami Cemburu

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut selepas ditikam seorang lelaki yang mengesyaki mangsa...

Kerajaan Baharu Digesa Tarik Balik Ratifikasi CPTPP

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menarik balik ratifikasi...

Selangor Umum Belanjawan 2023 Berjumlah RM2.45 Bilion

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion merangkumi RM1.25...