Sample Page Title

IPOH: Polis akan menyerahkan kertas siasatan sekali gus dan menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes cubaan menculik murid perempuan yang didakwa berlaku di hadapan sekolah kebangsaan di Taman Pinji Mewah di sini, yang tular baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata selain kertas siasatan kes cubaan menculik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) yang sedang dilengkapkan, pihaknya juga akan menunggu arahan daripada TPR sama ada untuk mendakwa ibu bapa murid berkenaan mengikut Seksyen 182 KK iaitu mengemukakan laporan palsu atau sebaliknya.

“Jadi sekarang kita dalam tindakan melengkapkan kertas siasatan kes penculikan itu dan akan melihat daripada pelbagai sudut, serta jika ada cadangan daripada TPR untuk mendakwa ibu bapa murid berkenaan kerana membuat laporan palsu.

“Jika ada cadangan untuk kita mendakwa ibu bapa kepada murid ini sebab buat laporan palsu, maka kita akan buat (siasatan). Kita akan serahkan kepada TPR untuk arahan dan tindakan lanjut,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan PDRM, hari ini.

Selasa lalu, Mohd Yusri dilapor berkata, kes cubaan culik berkenaan disahkan adalah tidak benar dan hanya rekaan kanak-kanak terbabit selepas hasil siasatan terperinci dilakukan terhadap kanak-kanak berusia 9 tahun itu bersama beberapa saksi.


Beliau dilapor berkata, kanak-kanak itu hanya mereka cerita kepada ibunya kerana terpengaruh dengan kejadian di luar negara yang ditularkan di media sosial memgenai kejadian kanak-kanak ditangkap, diculik dan dijual organ.

Mengenai Majlis Serah Terima Tugas, ia membabitkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Senior Asisten Komisioner Annuar Othman yang ditukarkan menjawat Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Jawatan Ketua JSJ Perak seterusnya diambil alih oleh Ketua Unit Penguatkuasaan Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, Asisten Komisioner Luqman Abdul Rahman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

BHonline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Empangan Hidroelektrik TNB Sedia Laksana Fungsi Elak Bencana Musim Tengkujuh

KUALA LUMPUR: Skim empangan hidrolektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Skim Hidroelektrik Kenyir, Skim...

Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Sehingga Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan...

Banjir Kilat Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Hujan lebat hampir satu jam petang ini menyebabkan beberapa kawasan dan laluan di...

Audit Cukai Mendidik Pembayar Cukai

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam Negeri...

Penceramah Bebas Punyai 3 Isteri Berdepan Hukuman Jel 190 Tahun

KLANG – Seorang penceramah bebas berdepan hukuman penjara 190 tahun selepas didakwa di Mahkamah...

Badan Peguam Saman PDRM, Kerajaan Halang Berarak Ke Parlimen Serah Memorandum

Kuala Lumpur : Badan Peguam Malaysia memfailkan saman terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan...

Laluan Ipoh Utara, Ipoh Selatan Lebuhraya PLUS Ditutup Sementara Esok

PETALING JAYA : Pengguna lebuh raya yang menggunakan laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (Arah Selatan)...