Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

94.6 Peratus Populasi Dewasa...

KUALA LUMPUR - Populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi...

Dron Awasi Kesalahan Lalu...

BEIJING - Dron kini digunakan bagi mengesan kesalahan lalu lintas di bandaraya Jinan,...

Sesi Pembugaran Emosi Murid...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,300 murid Sekolah Kebangsaan Dato'Hashim 1, Pengkalan Chepa hari...

VIDEO: Terima Padah Ketika...

KITA sering disajikan dengan kandungan filem dari luar negara berkaitan kes-kes buli di sekolah.Dari...

Kos PRU Berasingan Dijangka Cecah Lebih RM2 Bilion

JELI : Pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan akan menyebabkan perbelanjaan pilihan raya akan mencecah dua kali ganda sehingga RM2 bilion sekaligus boleh memberikan ‘impak’ kepada proses pemulihan ekonomi negara.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, peningkatan sekali ganda itu sudah pastinya berlaku kerana lebih RM1 bilion perlu dibelanjakan untuk proses berkenaan.

Menurutnya, situasi tersebut dilihat boleh mempengaruhi keputusan orang ramai khususnya pengundi luar sama ada mahu pulang dua kali atau sebaliknya bagi menjalankan tugas tersebut.

“Jika pilihan raya berlaku dua kali (parlimen dan DUN berasingan) tumpuan akan lebih diberikan kepada politik berbanding ekonomi kerana semua pihak mahu berkempen, memasang poster dan berceramah.

“Sedangkan kita mahu selesaikan pemulihan ekonomi yang merupakan perkara paling penting ketika ini selepas melawan Covid-19 pada tahun sebelumnya,” selepas diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu Dewan Rakyat dibubarkan tahun ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum musim tengkujuh semasa ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Pelajar Cemerlang di sini hari ini.


Utusan Malaysia 22 September lalu melaporkan, Pemuda UMNO mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan pada awal Oktober bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan sebelum musim tengkujuh.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, jika dibubarkan awal Oktober, PRU15 dapat dilaksanakan pada awal November iaitu sebelum tiba musim tengkujuh.

Pas sebelum ini menegaskan, tiga buah negeri dibawah pentadbiran parti tersebut iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak akan membubarkan DUN meskipun kerajaan Pusat membubarkan Parlimen.

Ketiga-tiga negeri itu akan memerintah sehingga habis penggal.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori