• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Korea Selatan Buru Pengasas Mata Wang Terra Selepas Lebih RM182 Bilion Lesap

oleh Mohd Arshad
20/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Korea Selatan Buru Pengasas Mata Wang Terra Selepas Lebih RM182 Bilion Lesap
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Do Kwon iaitu pengasas kepada matawang kripto, Terra selepas individu terbabit enggan bekerjasama berhubung siasatan terhadap wang berjumlah AS$40 bilion (RM182.3 bilion) yang lesap selepas Terra runtuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Seorang pegawai daripada Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul memberitahu AFP hari ini bahawa mereka telah meminta pihak berkuasa membatalkan pasport Korea Selatan Kwon dan berkata, suspek kini melarikan diri daripada undang-undang.

“Kami memulakan prosedur untuk memasukkan dia ke dalam senarai notis merah Interpol dan membatalkan pasportnya,” kata pegawai berkenaan sambil menambah, Kwon memberitahu menerusi pasukan peguamnya bahawa dia tidak akan memberi kerjasama.

Keruntuhan platform Terraform awal tahun ini menyebabkan wang pelabur-pelabur berjumlah AS$40 bilion lesap dan menggemparkan pasaran mata wang kripto dunia.

Sebuah mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Kwon, 32, yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke Singapura menjelang keruntuhan Terra.

Persoalan tentang lokasi keberadaan Kwon semakin panas selepas Polis Singapura menyatakan pada hujung minggu lalu bahawa suspek tidak berada di pulau itu.

Kwon yang masih aktif di laman Twitter menafikan kelmarin bahawa dia melarikan diri daripada undang-undang tetapi tidak mendedahkan lokasi persembunyiannya.

Kosmo-

Tags: Korea SelatanMata Wang Terrapemburuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

Ketua Peperiksaan Kemasukan Ke Universiti Korea Selatan Letak Jawatan Selepas Aduan Ujian Bahasa Inggeris Terlalu Sukar

15/12/2025
0

SEOUL: Ketua penganjur peperiksaan kemasukan ke universiti yang terkenal dengan tahap kesukarannya di Korea Selatan, meletak jawatan selepas menerima aduan...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd