• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jika PM Gagal Urus Ekonomi, Lebih Baik Buat PRU: Muhyiddin

oleh AK-47
19/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Jika PM Gagal Urus Ekonomi, Lebih Baik Buat PRU: Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus gagal menguruskan ekonomi dan negara, sebaiknya pilihan raya diadakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Beliau berkata, ia bagi memastikan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat.

Pada masa sama, BN sedang menekan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen dengan segera supaya pilihan raya dapat diadakan. Saya belum sampai ke tahap mahu mendesak Perdana Menteri supaya membubar Parlimen.

“Tetapi saya pun terfikir, jika Perdana Menteri terus gagal mengurus ekonomi dan negara dengan baik, eloklah pilihan raya diadakan supaya sebuah kerajaan baharu yang lebih cekap, prihatin dan bebas rasuah dapat dipilih oleh rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Muhyiddin mendakwa, isu kejatuhan nilai ringgit tidak dipandang serius dan Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.

“Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay. Saya tahu tidak semuanya baik di luar sana,” jelas beliau.

Menurutnya, Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan dengan nilai import bahan makanan sahaja mencecah RM63 bilion pada tahun lalu.

“Jika nilai ringgit terus merudum, harga barangan makanan akan menjadi lebih mahal. Adakah semuanya baik-baik? Tidak ia tidak baik sebenarnya.

“Nampaknya, Perdana Menteri tidak memandang semua isu ini sebagai sesuatu yang penting. Mungkin kerana itulah hanya 35 peratus rakyat berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri pada masa ini.

“Aspek pengurusan ekonomi negara mencatatkan prestasi terburuk dengan hanya 18 peratus berpuas hati,” ujar Muhyiddin.

Katanya lagi, berdasarkan laporan kajian yang dilaksanakan Merdeka Centre for Opinion Research pada Disember tahun lalu mendapati, 12 peratus rakyat telah mula ikat perut dengan makan hanya sekali atau dua kali sehari, 12 peratus tangguh rawatan perubatan serta 31 peratus lewat bayar hutang dan bil kerana tiada wang.

“Selain itu, kajian oleh Mindshare, sebuah entiti bukan kerajaan, menunjukkan 61 peratus rakyat Malaysia telah berada dalam kumpulan berpendapatan terkebawah (B60), iaitu dengan pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 sebulan, selepas pandemik Covid-19 melanda negara. 76 peratus daripada kumpulan ini berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.

“Kejatuhan nilai ringgit, kenaikan kadar inflasi dan keadaan ekonomi pasca pandemik telah memberi kesan buruk ke atas kehidupan rakyat,” jelasnya.

Beliau menambah, industri kelapa sawit sahaja rugi RM10.25 bilion pada tahun lalu kerana kekurangan pekerja untuk menuai buah.

“Setiap kali mesyuarat MPN, isu kekurangan tenaga kerja sering kali dibangkitkan dan dilaporkan kepada Kabinet. Namun, setakat ini masih belum ada penyelesaian yang komprehensif dalam isu ini,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: EkonomiMuhyiddin YassinpmPRU-15
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

Ridhuan Tee Dakwa Kena ‘Gam’ Lepas PRU-15

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penceramah agama yang juga penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah mendakwa beliau 'digam' daripada bersiaran di RTM...

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

Tidak Perlu Ubah Kerajaan BN Johor Yang Stabil, Ekonomi Meningkat, Tiada Isu 3R – Eric Lim Sian See

13/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pempengaruh media sosial yang sering mengulas isu politik, Eric Lim Sian See berpandangan Johor yang mencatatkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd