Sample Page Title

TOKYO: Jepun meluluskan peruntukan bernilai 3.49 trilion yen (AS$24.3 bilion) daripada dana rizab untuk menyokong rakyatnya berdepan isu kenaikan harga makanan dan bahan api untuk tahun fiskal semasa, yang bermula 1 April, lapor Sputnik.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pakej itu merangkumi bantuan pembiayaan berjumlah 50,000 yen (AS$348) kepada keluarga berpendapatan rendah serta subsidi kepada syarikat yang membekalkan tenaga secara borong, lapor penyiar tempatan NHK.

Dana rizab untuk tahun fiskal semasa dianggarkan sebanyak lima trilion yen, menurut laporan itu.

Kira-kira 8,000 barangan dijangka mengalami peningkatan harga ketika musim luruh, dengan lebih 6,000 daripadanya dilaporkan meningkat pada Oktober.

Secara keseluruhan, sekitar 20,000 produk dijangka meningkat tahun ini, dengan purata kenaikan sebanyak 14 peratus, menurut pusat penyelidikan Jepun, Teikoku Databank.


Pada masa yang sama, yen jatuh ke paras terendah minggu lalu dan didagangkan pada 144.9 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat kali pertama sejak Ogos 1998.

Kejatuhan itu akibat perbezaan ketara pendekatan bank pusat AS dan Jepun terhadap dasar monetari.

Rizab Persekutuan AS terus meningkatkan kadar faedah, manakala Jepun, sebaliknya, mengekalkan kadar negatif.

Bernama-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...