• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatankuasa Khas Pastikan Bekalan Makanan Musim Banjir Cukup

oleh Mohd Arshad
18/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jawatankuasa Khas Pastikan Bekalan Makanan Musim Banjir Cukup
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menghadapi musim banjir terutama pada hujung tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata jawatankuasa berkenaan sudah merangka pelan tindakan khusus untuk memastikan bekalan makanan mencukupi ketika keadaan cuaca buruk sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

“Kita sudah bersedia untuk memastikan bekalan makanan untuk rakyat tidak terjejas teruk ketika musim banjir

“Jawatankuasa itu turut disertai pelbagai agensi lain yang berkaitan dan kami bekerjasama untuk meneliti keperluan dalam pelbagai sudut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup di Kampung Bunan, Serian, hari ini.

Alexander mengakui, musim tengkujuh amat mencabar dan pihaknya tidak dapat menjamin keseluruhan bekalan makanan tidak terjejas.

“Untuk menjamin bekalan cukup 100 peratus memang sukar dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, tetapi kami akan membuat pemantauan rapi untuk memastikan bekalan ada,” katanya.

Mengenai program JMKM di Sarawak beliau berkata, sehingga 15 September, program berkenaan dilaksanakan di 118 lokasi di 65 kawasan DUN selepas ia dijenamakan semula daripada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJKM) sejak 15 Ogos lalu.

“Pencapaian ini adalah kesinambungan dari kejayaan KPDNHEP Sarawak melaksanakan PJKM di 196 lokasi di semua 31 kawasan Parlimen dengan rekod pengunjung seramai 267,978 orang dan jualan mencecah RM5.917 juta dari Disember 2021 hingga 14 Ogos 2022.

“Tetapi bukan nilai jualan yang kita banggakan, sebalik berapa jumlah rakyat yang mendapat manfaat daripada program itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: bekalan makananjawatankuasa khasMusim Banjir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

DBKL Rancang Bina ‘Flood Wall’ Atasi Banjir Kilat

Next Post

1,572 Kes Baru Covid-19, Kematian Meningkat 3

Related Posts

Kurang Bekalan, Permintaan Tinggi Faktor Harga Tomato Naik

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

15/02/2024
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri perlu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menambah baik Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) bagi memastikan kes...

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

KPT Tubuh Jawatankuasa Khas Semak, Kaji Dasar Pendidikan Tinggi Nasional

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Satu jawatankuasa khas sedang dibentuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan bertanggungjawab membuat semakan dan kajian secara...

Next Post
1,572 Kes Baru Covid-19, Kematian Meningkat 3

1,572 Kes Baru Covid-19, Kematian Meningkat 3

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd