• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hentikan Tindakan Kafir Mengkafir, Bukan Tradisi Budaya Islam – Anwar

oleh Mohd Arshad
17/09/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hentikan Tindakan Kafir Mengkafir, Bukan Tradisi Budaya Islam – Anwar
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG : Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tindakan kafir-mengkafir antara pemimpin politik dan menyifatkan ia naratif yang merosakkan serta wajar dihentikan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, parti politik sepatutnya memberi tumpuan kepada isu dasar dan tidak menyerang menggunakan isu kafir berkenaan, yang hanya akan menimbulkan kacau bilau yang mungkin tidak dapat dikawal.

“Saya tidak setuju andaian kalau menyinggung kafir oleh pimpinan PAS dan saya tidak setuju cara Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengkafirkan yang lain.

“Ini bukan tradisi budaya Islam dan tidak boleh dipertahankan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Sanawi Ke-51 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persidanga Antarabangsa Kosmopolitan Islam di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mendakwa PAS kini adalah parti kafir berikutan tindakannya bekerjasama dengan UMNO dan parti bukan Islam demi memperoleh kedudukan.

Bekas Perdana Menteri itu, berkata hingga kini PAS tidak menarik balik dakwaan yang dibuatnya suatu ketika dulu, bahawa orang yang tidak bersama parti itu adalah kafir, maka dengan tindakan kerjasama terbabit, ia menggambarkan bahawa mereka bukan lagi parti Islam.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada April 1981 melalui Amanat Haji Hadi dikatakan mengkafirkan UMNO sehingga menyaksikan orang Melayu ketika itu berpecah-belah.

Namun pada 2019, PAS bekerjasama dengan musuh tradisinya, UMNO di bawah semangat ‘perpaduan ummah’ atas nama Muafakat Nasional (MN).

Anwar yang juga Presiden PKR, turut mempersoalkan mengapa tiada teguran daripada pihak berkuasa agama dalam isu kafir-mengkafir berkenaan.

“Ada yang terima, tidak sanggup menegur. Mana mufti dan majlis agama, tidak boleh tegurkah bab ini?.

“Pendirian saya dan arahan kita kepada PKR dan PH, jangan layan, bahkan harus bantah sikap sama ada tidak jelas kafir-mengkafir atau pun memberikan pandangan ke arah itu,” katanya.

Sementara itu, berhubung isu pengagihan kerusi dan permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai PH, Anwar berkata, perkara itu sedang dirunding dan diteliti.

-Berita Harian

Tags: Anwar IbrahimTindakan Kafir MengkafirTradisi Budaya Islam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

Anwar, Prabowo Bincang Konflik Iran-Israel Melalui Panggilan Telefon

24/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Indonesia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd