• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Google, Meta Didenda Lebih RM321 Juta Di Korea Selatan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Google, Meta Didenda Lebih RM321 Juta Di Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter

SEOUL – Korea Selatan mendenda Google dan Meta lebih AS$71 juta (RM321.38 juta) secara kolektif kerana mengumpul maklumat peribadi pengguna tanpa kebenaran bagi tujuan pengiklanan, kata pihak berkuasa teknologi maklumat negara berkenaan hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Denda itu adalah yang tertinggi melibatkan isu perlindungan data di Korea Selatan.

Siasatan mendapati dua gergasi teknologi Amerika Syarikat itu telah “mengumpul dan menganalisis” data pengguna serta memantau penggunaan laman web dan aplikasi oleh mereka, kata Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi.

“Data ini digunakan untuk mengagak minat pengguna atau digunakan untuk iklan online yang bersesuaian,” katanya sambil menambah, Google mahupun Meta tidak memaklumkan dengan jelas kepada pengguna Korea Selatan tentang amalan tersebut atau mendapatkan persetujuan mereka terlebih dahulu.

Akibatnya, Google didenda AS$49.7 juta (RM224.97 juta) dan Meta AS$22.1 juta (RM100 juta).

“Ini adalah denda terbesar bagi pelanggaran Akta Perlindungan Maklumat Peribadi,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Menurutnya, majoriti pengguna internet di Korea Selatan iaitu 82 peratus untuk Google dan 98 peratus untuk Meta, tanpa sedar telah membenarkan kedua-dua syarikat itu mengumpul data tentang penggunaan internet mereka.

Tahun lepas, Korea Selatan mendenda Google hampir AS$180 juta (RM814.7 juta) kerana menyalahgunakan dominasinya dalam sistem pengendalian mudah alih dan pasaran aplikasi, dengan mengatakan ia menghalang dalam persaingan pasaran.

Kosmo-

Tags: dendagoogleKorea SelatanMeta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

Peruntukan Denda Tipu Status Halal Sehingga RM5 Juta, Tapi Hukuman Hanya RM10,000 Hingga RM30,000

05/11/2026
0

PUCHONG - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa pihak berkuasa mengenakan hukuman maksimum RM5 juta yang diperuntukkan undang-undang bagi kes penipuan...

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd