• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Desak AS Batal Jualan Senjata Kepada Taiwan

oleh Mohd Arshad
05/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
China Desak AS Batal Jualan Senjata Kepada Taiwan
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – China memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) bahawa ia akan bertindak balas ke atas keputusan pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menjual senjata bernilai lebih AS$1.1 bilion (RM4.9 bilion) kepada Taiwan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut laporan stesen penyiaran CNN, perkara tersebut disuarakan jurucakap kedutaan China, Liu Pengyu yang memaklumkan Beijing membantah keras urus niaga tersebut.

Pengyu berkata, isu tersebut sangat menjejaskan hubungan China-AS serta keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan.

Beliau turut menggesa agar Washington membatalkan serta-merta perjanjian tersebut dengan kadar segera.

Kenyataan Pengyu di laman Twitter itu muncul selepas pentadbiran Biden pada Jumaat lalu secara rasmi memaklumkan Kongres mengenai cadangan penjualan senjata termasuk sehingga 60 peluru berpandu antikapal dan 100 peluru berpandu udara-ke-udara kepada Taiwan.

Jabatan Negara berkata, penjualan itu selaras dengan dasar AS sedia ada untuk menyediakan senjata pertahanan ke pulau tersebut dan menyifatkan peruntukan pantas sedemikian sebagai penting untuk keselamatan Taiwan.

Bagaimanapun, China sebaliknya menuduh AS sebagai sengaja campur tangan dalam apa yang dianggap sebagai hal ehwal dalaman negara itu.

“AS campur tangan dalam hal ehwal dalaman China, sekali gus menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara ini dengan menjual senjata kepada Taiwan.

“Ia menghantar isyarat yang salah kepada pasukan ‘kemerdekaan Taiwan’ selain amat menjejaskan hubungan China-AS serta keamanan dan kestabilan di seluruh Selat Taiwan,” kata Pengyu menerusi Twitter.

Beliau selai itu turut meminta agar AS menghormati prinsip Satu China yang dipegang oleh Beijing selama ini dan menegaskan walau apa pun terjadi, Taiwan adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan dari Tanah Besar.

-Kosmo Online

Tags: ASChinadesakJualan Senjatataiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd