• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buli Di Sekolah Perak Meningkat, 42 Kes Dilaporkan Setakat Julai

oleh Mohd Arshad
24/09/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Buli Di Sekolah Perak Meningkat, 42 Kes Dilaporkan Setakat Julai
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Sebanyak 42 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah sekitar Perak, tahun ini hingga Julai, meningkat berbanding hanya dua kes sepanjang tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata ia berdasarkan statistik daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berhubung kejadian terbabit.

“Dalam tempoh dua tahun sebelum ini, sekolah ditutup berikutan pandemik COVID-19. Sejak sekolah dibuka semula, sebanyak 42 kes buli sudah dicatatkan, tahun ini setakat Julai lalu.

“Bagaimanapun, ia masih terkawal kerana kes buli yang dilaporkan itu tidak begitu serius,” katanya pada sidang media selepas Program #KATAKAN TIDAK KEPADA BULI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, di sini, awal pagi tadi.

Sementara itu mengenai program #KATAKAN TIDAK KEPADA BULI, Mohd Yusri memaklumkan, inisiatif berkenaan dilaksanakan serentak di 12 daerah yang mempunyai sekolah berasrama di negeri ini.

Beliau berkata, ia membabitkan sebanyak 30 sekolah meliputi tiga sekolah kebangsaan, SMK (26) SMK dan sebuah SMK agama (SMKA).

“Inisiatif ini dilancarkan berikutan peningkatan kes buli di sekolah. Program ini dilaksanakan bagi membendung kejadian buli membabitkan pelajar sekolah, khususnya di asrama, di seluruh Perak,” katanya.

Selain itu, katanya, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar mengenai akibat sekiranya terbabit kesalahan jenayah serta buli, berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan sekolah.

Mohd Yusri berkata, program itu turut membabitkan kehadiran pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan JPN Perak.

“Pada peringkat daerah, program ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah bersama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah dan Pegawai Perhubungan Sekolah.

“Penyertaan daripada pihak JPN pula meliputi Timbalan Pengarah Pendidikan Perak, pegawai JPN negeri dan daerah, serta exco asrama sekolah terbabit,” katanya sambil berharap pelaksanaan program itu dapat diteruskan pada masa depan.

-Berita Harian

Tags: buliPerakSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd