Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRU15: ‘Pentadbiran Muhyiddin Huru-Hara,...

SUNGAI SIPUT : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN),...

Video: Drama Waktu Berbuka,...

VIDEO perbalahan antara seorang wanita dengan pengawal keselamatan yang dimuat naik oleh pengguna...

Ahmad Bashah Mengaku Luluskan...

Kerajaan Kedah meluluskan penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Baling, Kedah, bagi...

Sarawak Pikat Komuniti Global...

KUCHING - Ekonomi digital akan menjadi platform kukuh dan pemangkin bagi Sarawak untuk...

‘Berita Baik Buat Jururawat Kontrak Dan Jawatan Tetap’ – KJ

JOHOR BAHRU : Seramai 1,136 Jururawat Gred U29 Kontrak, keluaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 2,804 jururawat swasta yang dilantik secara kontrak serta masih berkhidmat di KKM bagi menyokong perkhidmatan kesihatan khususnya dalam tempoh pandemik COVID-19, akan diserap ke jawatan tetap.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Khairy Jamaluddin, berkata pelantikan tetap itu akan dibuat secara berfasa dalam tempoh suku keempat tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Beliau berkata, pelantikan tetap juga membabitkan Jururawat Masyarakat Gred U19 sebagai Jururawat Gred U29.

“Seramai 1,406 Jururawat Masyarakat Gred U19 yang telah lulus kursus Diploma Kejururawatan Peningkatan Secara Lantikan (PSL), namun masih belum ditawarkan pelantikan tetap secara PSL ke jawatan Jururawat Gred U29.

“KKM akan memfleksikan jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 kepada jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19/Jururawat Gred U29.

“Pindaan ini dibuat bagi membolehkan Jururawat Masyarakat Gred U19 yang lulus kursus Diploma Kejururawatan PSL dapat ditawarkan pelantikan tetap dan kekal mengisi jawatan sedia ada sebagai Jururawat Gred U29.

“Dalam hal ini, KKM bercadang menggunakan 2,775 jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 yang kosong untuk diisi oleh graduan Jururawat dari Institut Latihan KKM mahupun swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian 25th Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference 2022 di Hotel Thistle, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Kejururawatan Malaysia, S.Devi.


Khairy berkata, KKM juga menawarkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 Jururawat yang memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan melibatkan 50 Jururawat Gred U32 dan 60 Jururawat Gred U36. Tawaran ini akan dibuat pada 17 Oktober 2022.

Katanya, sebanyak 49 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 lagi akan diisi menerusi pengambilan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023.

“KKM mengunjurkan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 diwujudkan dalam tempoh 2023 hingga 2025 iaitu sebanyak 63 jawatan pada tahun 2023, 125 jawatan pada tahun 2024 dan 38 jawatan lagi pada tahun 2025.

“Jumlah ini tidak termasuk unjuran pewujudan sebanyak 7,434 jawatan Jururawat Gred U29, Gred U32 dan Gred U36 dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan unjuran pewujudan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 ini, KKM akan menguruskan pelantikan tetap dan menawarkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang layak mengikut tahun berkenaan,” katanya.

Kadar nisbah jururawat dengan pesakit di Malaysia pada tahun 2020 ialah 1:302, jumlah itu semakin baik pada tahun 2021 dengan kadar nisbah 1:297, namun masih belum memenuhi sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 1:200.

Khairy berkata, selepas isu doktor kontrak, sebahagian isu jururawat kini telah diselesaikan dan pada masa akan datang isu Pembantu Perubatan juga dalam perancangan untuk penyelesaian.

“Diharap dengan inisiatif penyerapan jawatan kontrak dan kekosongan yang diisi dapat pengurangan kadar nisbah jururawat dengan pesakit selaras saranan WHO iaitu 1:200,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori