• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Jalan Klang-Sabak Bernam Ditutup Kepada Semua Kenderaan

oleh AK-47
11/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Jejantas pejalan kaki yang mengalami rekahan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Permatang di Seksyen 484.6, Laluan Persekutuan 5, Jalan Klang-Sabak Bernam ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan selama dua hari bermula Selasa.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor, Ir Hafidzan Idris berkata, penutupan jalan itu bermula jam 11 malam Selasa hingga 6.30 pagi Khamis.

Menurut beliau, penutupan jalan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menurunkan rasuk jejantas.

“Pengguna diminta untuk mematuhi papan tanda arahan yang telah disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Hafidzan berkata, bagi kenderaan berat boleh melalui laluan alternatif Jalan Sungai Terap-Jalan Raja Musa-Jalan Rawang.

“Kenderaan ringan boleh menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Bukit Belimbing,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pengguna kenderaan diminta berhati-hati berikutan terdapat rekahan pada jejantas pejalan kaki di hadapan SMK Pengkalan Permatang di Laluan Persekutuan 5 di sini.

Pejabat JKR Kuala Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, terdapat rekahan pada struktur rasuk jejantas tersebut disebabkan hentaman daripada kenderaan berat.

-Sinar Harian

Tags: Ditutup Kepada Semua Kenderaanjalan tutupKlang-Sabak Bernam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

Beberapa Jalan, Jambatan Pulau Pinang Ditutup Ahad Ini

02/01/2023
2

GEORGETOWN : Beberapa jalan termasuk Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan ditutup sementara secara berperingkat...

Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini

Beberapa Laluan Di Persiaran Karpal Singh Ditutup Sabtu Ini

15/09/2022
0

GEORGE TOWN : Beberapa laluan di sekitar Persiaran Karpal Singh di sini akan ditutup Sabtu ini bagi memberi laluan sempena...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd