• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azeez Rahim Lepas Tanpa Bebas 3 Tuduhan Rasuah, 6 Tuduhan Pengubahan Wang Haram

oleh Mohd Arshad
23/09/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Azeez Rahim Lepas Tanpa Bebas 3 Tuduhan Rasuah, 6 Tuduhan Pengubahan Wang Haram
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berpuas hati bahawa setiap kes perlu dibezakan berdasarkan fakta dan isu utama adalah kuasa budi bicara mahkamah bagi menentukan sama ada tertuduh patut diberi perintah DNAA atau dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan.

Terdahulu, Aslinda memohon agar Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan atas alasan representasi yang dikemukakan oleh tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada 7 September lalu, Mahkamah Sesyen diberitahu, Abdul Azeez mengemukakan representasi kelima kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membatalkan baki sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.

Hari ini ditetapkan bagi sebutan kes untuk memaklumkan kepada mahkamah perkembangan representasi berkenaan.

Abdul Azeez pada asalnya didakwa pada 16 Januari 2019 atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak).

-Utusan Online

Tags: Azeez RahimLepas Tanpa Bebas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Setelah Ditelanjangkan, Hari Ini Kebenaran Ditegakkan’

Next Post

NASA Lancar DART Ubah Laluan Dimorphos Menuju Ke Bumi Isnin Ini

Related Posts

Diskaun PTPTN Tidak Diteruskan – Menteri

Muhyiddin Mohon Lepas Tanpa Bebas Tiga Lagi Pertuduhan

04/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon agar beliau dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tiga lagi...

Ahmad Zahid Dilepaskan Tanpa Dibebaskan 47 Pertuduhan

Ahmad Zahid Dilepaskan Tanpa Dibebaskan 47 Pertuduhan

04/09/2023
2

Kuala Lumpur : Selepas 77 hari dibicarakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di...

Next Post
NASA Lancar DART Ubah Laluan Dimorphos Menuju Ke Bumi Isnin Ini

NASA Lancar DART Ubah Laluan Dimorphos Menuju Ke Bumi Isnin Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd