Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Sokong Kerajaan Kelantan Satu...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Duta Arab Saudi Puji...

KUALA LUMPUR - Kejayaan pihak berkuasa baru-baru ini dalam menahan suspek pengganas dan...

“Itu Politik Bangang, Saya...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua pihak supaya...

Senarai Calon Parti-Parti Di...

KUALA LUMPUR – Berikut senarai calon parti-parti politik yang akan bertanding di Perlis...

Ahmad Zahid Dilepaskan Tanpa Dibebaskan 47 Pertuduhan

Kuala Lumpur : Selepas 77 hari dibicarakan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.

Sebaik mendengar keputusan itu, Ahmad Zahid yang memakai kot hitam terus memeluk keluarga dan penyokongnya yang hadir mendengar prosiding hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid, 70, menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan agar pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada Januari manakala kedua, dihantar kepada AGC dengan fakta dan bukti baharu, pada Februari.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

-Harian Metro

Kategori

Leave a Reply